image

Dalam menghapuskan pemahaman bahawa Fizik ialah subjek yang sukar, Fizik untuk Sains dan Kejuruteraan Elektrik dan Magnet ditulis dengan pendekatan pedagogi pendidikan bagi memudahkan pemahaman kepada prinsip-prinsip Fizik. Kaedah 'Konsep dan Penyelesaian Masalah' melalui puluhan soalan-soalan dan cara penyelesaiannya akan memperkukuhkan pemahaman kepada prinsip-prinsip Fizik ini dan sekaligus dalam menjalinkannya dengan alam fizikal dan kehidupan harian. Topik-topik seperti Elektrostatik, Medan Elektrik, Hukum Gauss, Keupayaan Elektrik, Kapasitor dan Dielektrik, Arus Terus, Litar Arus Terus, Medan Magnet, Punca Medan Magnet, Aruhan Elektromagnet dan Litar Arus Ulang Alik yang menjadi mata pelajaran asas subjek Fizik di universiti dijelaskan dalam buku ini boleh dijadikan rujukan kepada para pelajar. 


Instructor Biography

Mohd Mustamam Abd Karim merupakan seorang profesor di Jabatan Fizik, Fakulti Sains & Teknologi, UPSI. Berpengalaman luas mengajar fizik bagi pelajar sains dan kejuruteraan. Beliau mengkhusus dalam bidang Fizik Bahan dan telah menghasilkan banyak buku, menyumbang entri Ensiklopedia Sains & Teknologi dan menulis dalam Jurnal Sains dan Teknologi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.