Sastera di Antara Percikan Pengurusan dan Kemanusiaan
Buku ini menghimpunkan sejumlah tulisan yang membincangkan secara kritis dan analitis biografi dan pemikiran tokoh pengarang, penerbit, penyair, ulama, tokoh pendidik, sarjana bahasa dan sastera dengan menggunakan pelbagai teori dan pendekatan sastera. Tokoh pengarang dan masyarakat yang dikupas biografi dan mutiara pemikirannya termasuklah Syeikh Tahir Jalaluddin, Prof. Zulkifli Muhammad, Ahmad Lutfi, Darwis Harahap Mohammad, Zam Ismail, Shaharom Husain dan sejumlah besar karya pengarang keluaran SITC, MPSI dan IPSI.
Karya tokoh masyarakat dan pengarang yang diungkapkan dan dibicarakan dalam buku ini menyumbangkan sahamnya yang besar dan tersendiri dalam mengurus, memartabatkan dunia kesusasteraan dan kemanusiaan jiwa manusia dalam kalangan para pembaca secara serius dan konsisten dalam dunia kreativitinya.
Instructor Biography
Talib Samat bertugas sebagai pensyarah kesusasteraan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau dilahirkan pada 13 Mac 1959 di Batu Pahat, Johor. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda, Sarjana Sastera dan PhD dari Universiti Sains Malaysia. Beliau telah menghasilkan lebih 40 buah buku dalam bidang kreatif dan deskriptif. Di antara karyanya yang terkenal termasuklah Panas Salju, 99 Nama Allah Yang Termasyhur, Syed Syeikh al-Hadi Sasterawan Progresif Melayu dan sebagainya.
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.