image

Penulisan yang menyediakan maklumat amat berguna kepada pembaca yang menekuni bidang terjemahan Arab-Melayu. Sesuai dengan perkembangan yang memberangsangkan dalam penyelidikan penterjemahan Arab-Melayu di Malaysia pada masa kini, kelahiran buku ini tepat pada masanya. kandungannya memberi tumpuan khusus kepada aspek kata sendi nama (KSN) bahasa Arab dan perbandingannya dalam bahasa Melayu. Penjelasan yang terperinci KSN dari aspek morfologi, sintaksis dan semantik yang dirujuk terus kepda sumber utama Bahasa Arab dan bahsa Melayu merupakan satu kelebihan. Selain penterjemah asas bahasa Arab untuk mendalami keistimewaan Bahasa Arab dari sudut penggunaan KSN. Teori dan teknik terjemahan tidak dibincangkan secara khusus namun contoh-contoh yang dipersembahkan boleh dijadikan panduan untuk menghasilkan terjemahan KSN yang sesuai dan tepat dengan tatabahasa Arab sebagai bahasa sumber dan bahasa Melayu sebagai bahasa sasaran.


Instructor Biography

Azman Che Mat dilahirkan di Batu Rakit, Kuala Terengganu. Mendapat pendidikan awal Bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama Setiu (1988-1990) sebelum melanjutkan pelajaran di aliran Thanawi di Sekolah Menengah Agama (A) Sultan Zainal Abidin sehingga mendapat Sijil Thanawi Empat. Lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Linguistik dan Kesusasteraan Arab di Universiti Jordan. Pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Uniti, Port Dickson, Negeri Sembilan sebelum mendapat tajaan biasiswa daripada UiTM di bawah Skim Tenaga Pengajar Muda pada tahun 2000 untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang Linguistik Arab dan Tamadun Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Kemudian, beliau menamatkan pengajian Ph.D pada tahun 2010 dalam bidang linguistik gunaan di Universiti Malaysia Terengganu. Kini, bertugas sebagai pensyarah di Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Terengganu, Kampus Dungun. Selain mengajar bahasa Arab, beliau juga giat menulis dalam bidang pengajaran bahasa Arab dan membuat terjemahan Arab-Melayu-Arab. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.