image

Tun Abdul Razak Bin Dato’ Hussein merupakan seorang tokoh negarawan yang telah berkorban kehidupannya untuk keamanan dan pembangunan rakyat di Malaysia. Tun Abdul Razak adalah seorang perancang yang cekap dan berwibawa dalam melaksanakan pelbagai dasar sama ada dalam ataupun luar negara sejak tahun 1970-1976. Ketokohan Tun Abdul Razak terserlah setelah beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Kedua terutamanya dasar-dasar yang beliau jalankan dalam bidang pentadbiran dan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara-negara luar. Sebagai seorang pemimpin negara yang berjiwa rakya, era pemerintahan Tun Razak melalui pelbagai proses transformasi yang begitu besar di atas dasar-dasar yang dijalankannya yang bersifat menyeluruh dan pragmatik. Beliau telah berjaya mengatasi masalah komunis, menyelesaikan masalah perkauman, menjuruterakan pembangunan luar bandar, mewujudkan rantau ASEAN dan menjalin hubungan diplomatik dengan pelbagai negara sama ada dengan negara Asia mahupun negara Barat.


Instructor Biography

Rozeman Abu Hassan adalah pensyarah sejarah di Program Pendidikan Sejarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda, Diploma Pendidikan, Sarjana dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau berpengalaman sebagai seorang guru siswazah di Sekolah Menengah Jelai, Gemas dan di Sekolah Menengah Batu Kikir, Kuala Pilah di Negeri Sembilan. Beliau pernah dipinjamkan ke Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Pegawai Peperiksaan dalam bidang Sejarah di Majlis Peperiksaan Malaysia. Beliau giat menghasilkan beberapa kajian akademik seperti Masyarakat Suku Anak Acheh di Kuala Pilah dan Orang Jawa di Kampung Jawa di Kuala Pilah . Di samping itu, beliau juga menulis beberapa artikel seperti Sejarah Pembentukan Malaysia, Ibnu Khaldun dan Sejarah Timur Tengah. Beliau turut menjalankan beberapa kajian sumber visual Kota Gelanggi dan Gunung Senyum di Jerantut, Pahang dan Kota Tampan, Lenggong, Perak.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.