image

Kandungan buku ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat bahawa kaum wanita juga berkemampuan menjadi seorang pemimpin dan ahli korporat. Selain itu, wanita juga mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat dengan menceburi bidang politik. Buku ini membincangkan citra wanita dalam 15 buah novel, antaranya Badai Semalam, Bertaut, Malisiah, Janji dan Persisir Hitam. Penulis juga memaparkan bagaimana sesorang penulis novel menggarap idea sehingga menghasilkan sebuah penulisan yang bermutu. Antara yang diketengahkan ialah Khadijah Hashim, Zahara Nawawi, Fatimah Busu, Rosmini Shaari dna Obasiah Haji Usman. Buku ini juga memaparkan perjuangan emansipasi wanita yang berlandaskan Islam serta membela dan mempejuangkan hak kaum wanita.


Instructor Biography

Siti Khariah Binti Mohd Zubir dilahirkan di Jokjakarta, Indonesia. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Salak Sepang, menamatkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Datok Mohd Said Nilai Negeri Sembilan. Menyambung pelajaran ke Maktab Perguruan Perempuan Melayu pada tahun 1976-1977 dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia dalam Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama pada tahun 1996. Beliau meneruskan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang sastera pada tahun 1996 serta Doktor Falsafah dalam bidang kesusasteraan Melayu pada tahun 2004 dari universiti yang sama. Beliau berpengalaman sebagai guru selama 28 tahun. Kini bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.