image

Buku ini membincangkan penggunaan sistem maklumat geografi (GIS) sebagai alat dalam proses membuat keputusan yang boleh digunakan oleh syarikat minyak untuk mengenal pasti tapak-tapak yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai stesen minyak. Ini kerana persaingan antara syarikat dalam memberikan perkhidmatan yang paling dekat dengan penggunanya adalah tinggi. Setiap syarikat mencuba mendapatkan satu lokasi yang membolehkan mereka mendapat keuntungan yang maksimum. Buku ini juga mencuba memberikan pendekatan-pendekatan yang boleh diguna pakai untuk membangunkan sistem aplikasi yang berasaskan kepada GIS dan amat sesuai dijadikan bahan rujukan kepada banyak pihak terutamanya pelajar universiti yang sedang belajar GIS. Buku ini menyentuh secara langsung pendekatan-pendekatan yang boleh digunakan untuk membina suatu aplikasi sistem GIS yang boleh diaplikasikan kepada pelbagai bidang kajian yang diingini kerana ia mempunyai struktur pembangunan sistem yang boleh diubah suai untuk semua aplikasi GIS.


Instructor Biography

Nasir Nayan pensyarah di Jabatan Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau berpengalaman dalam pembangunan sistem maklumat geografi dan mempunyai pengalaman di pelbagai agensi peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau berpengalaman mengaplikasikan GIS dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, sumber semula jadi, perancangan dan telekomunikasi. Beliau turut terlibat dalam aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan sistem maklumat geografi, penderiaan jauh, geografi fizikal dan biogeografi.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.