image

Isu kelemahan pelajar dalam mata pelajaran Kimia seringkali diperdebatkan. Di antara Konsep Kimia yang sukar dikuasai oleh pelajar adalah Konsep Tiga Aras Perwakilan Kimia (aras perwakilan makroskopik, mikroskopik dan simbolik). Ketidakmampuan pelajar dalam menguasai konsep ini menyebabkan mereka tidak berupaya untuk mengaplikasi kemahiran penyelesaian masalah yang amat ditekankan sebagai satu kemahiran abad ke-21. Hal ini dibuktikan melalui pencapaian pelajar Malaysia dalam Programme for International Student Assessment (PISA) yang masih belum boleh dibanggakan. Salah satu faktor utama kepada permasalahan ini adalah implementasi pendekatan pembelajaran dan pengajaran (PdP) semasa berpusatkan guru yang kurang merangsang penglibatan aktif pelajar dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Oleh itu, perlaksanaan PdP semasa ini perlu diubah kepada Pembelajaran Berasaskan Masalah Mod Campuran (PBBMC). Pendekatan ini menekankan aplikasi kemahiran penyelesaian masalah, pembelajaran terarah kendiri dan pembelajaran kolaboratif dan menyelesaikan masalah yang berkait rapat dengan kehidupan seharian pelajar. Selain itu, penggunaan platform bersemuka dan dalam talian dilihat berpotensi memaksimakan peluang dan hasil pembelajaran pelajar. Justeru, penulisan ini mengupas dengan lebih mendalam mengenai isu ini seterusnya mencadangkan Strategi PBMMC yang amat relevan untuk mata pelajaran Kimia bagi sekolah-sekolah di Malaysia. Adalah menjadi harapan agar buku ini dijadikan rujukan dalam pelaksanaan Strategi PBMMS untuk menangani masalah penguasaan Konsep Tiga Aras Perwakilan Kimia dalam mata pelajaran Kimia, sekaligus melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran penyelesaian masalah, pembelajaran terarah kendiri dan pembelajaran kolaboratif serta kemahiran berkaitan Information and Communication Technology (ICT) yang amat diperlukan dalam pembentukan tenaga kerja mahir negara pada masa akan datang.


Instructor Biography

Mohd Mokhzani Ibrahim merupakan pensyarah kanan di Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau berkelulusan Ijazah Doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pendidikan Kimia dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kepakaran beliau adalah berkaitan pembangunan model dan modul dalam Pendekatan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) terutamanya Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dan Pendekatan Berasaskan Masalah Mod Campuran (PBBMC). Beliau terlibat dalam beberapa geran penyelidikan dan antaranya membangunkan modul PNMMC di kalangan pelajar sekolah bagi mata pelajaran kimia.

 

Khairul Azhar Jamaludin merupakan pensyarah universiti di Pusat Kajian Kempimpinan dan Polisi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau dianugerahkan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pembangunan Kurikulum dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Bidang kepakaran beliau meliputi kajian dalam bidang pembangunan kurikulum, pembangunan model Komunikasi Teknikal dan Pendidikan Teknik dan Latihan Vokasional (PTLV). Beliau merupakan penulis buku berkaitan PTLV, artikel berkaitan komunikasi teknikal, kemahiran kebolehkerjaan dan pembelajaran di rumah semasa pandemik COVID-19 dalam jurnal terindeks. Beliau juga telah dilantik sebagai panel perunding untuk siri latihan berkaitan pembangunan kurikulum untuk pensyarah dari National Institute of Education, Sri Lanka.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.