image

Buku ini merupakan hasil kajian penyelidikan berkaitan dengan sisa pepejal yang telah disusun untuk menjadi sebuah buku. Penulis menumpukan Tanjong Malim sebagai lokasi kajian beliau selaras kepesatan pembangunannya. Buku ini dapat membantu pembaca yang berminat memahami dan mendalami pengurusan sisa pepejal dan pengaruhnya terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Buku ini amat sesuai dengan penuntut yang mengambil bidang geografi fizikal, geografi manusia, sains dan biologi serta pembaca umum yang ingin meningkatkan pengetahuan.


Instructor Biography

Mohd Hairy Ibrahim Ketua Penulis buku ini adalah seorang pensyarah di Jabatan Geografik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan ketika menyiapkan buku ini beliau juga merupakan Ketua Jabatan Geografi. Beliau turut terlibat dalam aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan geografi fizikal dan alam sekitar. Buku ini merupakan hasil penyelidikan beliau yang dibiayai oleh Geran Penyelidikan Jangka Pendek UPSI. Hasil kajian yang dimuatkan dalam buku ini telah memenangi Anugerah Pingat Gangsa dalam Ekspo Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris tahun 2006.

 

Norjan Yusof, seorang pensyarah di Jabatan Biologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau turut terlibat dalam aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan biologi. Beberapa bahagian dalam buku ini merupakan hasil penyelidikan yang diketuai oleh beliau dibiayai oleh Geran Penyelidikan Jangka Pendek UPSI. Hasil kajian beliau tentang kajian tapak pelupusan sisa pepejal dalam buku ini juga telah memenangi anugerah pingat perak dalam Ekspo Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.