Tokoh-Tokoh Guru Nusantara
Tokoh-tokoh Guru Nusantara menghimpunkan biografi tokoh-tokoh guru dari empat negara rumpun Nusantara, iaitu Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia yang kesemuanya menyumbangkan idea dan pengalaman yang cukup berguna dalam perkembangan pendidikan. Antara nama besar yang terakam dalam buku ini ialah tokoh guru dari Malaysia seperti Pendeta Za’ba, Ibu Zain, Aminuddin Baki, Awang Had Salleh, Murad Mohd Noor dan biografi 22 tokoh guru kebangsaan lulusan SITC/MPSI. Buku ini turut memberi penghormatan kepada Ketua-ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dengan memuatkan biografi mereka. Tokoh-tokoh Singapura termasuk Harun Aminurrashid, Mahmud Ahmad, Muhammad Ariff Ahmad (MAS), Mahsuri Salikun @ Masuri SN, Suratman Markasan; tokoh guru Brunei ialah Marsal Maun, PSN Pengiran Yusuf Rahim, Pehin Dr Jamil; HAMKA, Natsir, Sutan Takdir Alisjahbana, Kartini dan Nurcholis Majid (Cak Nur) adalah antara tokoh guru Indonesia yang termuat dalam buku ini. Biografi 83 tokoh guru Nusantara ini wajar mendapat tempat di perpustakaan institusi pendidikan Malaysia, singapura, Brunei dan Indonesia. Selain itu, buku ini perlu dimiliki kaum guru kerana nama-nama yang terpilih dalam buku ini adalah antara tokoh guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang yang boleh dijadikan contoh teladan dalam memperkasa profesion perguruan.
Instructor Biography

Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.