image

Karya Terpilih Sasterawan Negara Dalam Esei dan Kritikan menghimpunkan sejumlah tulisan esei dan kritikan sastera yang membincangkan dan memperdebatkan karya beberapa orang Sasterawan Negara berdasarkan perspektif teori dan pendekatan sastera tertentu. Di antara karya terpilih Sasterawan Negara yang diperdebatkan secara kritis dan analitis termasuklah novel Abdullah Hussain, cerpen dan novel Shahnon Ahmad, novel Keris Mas, drama A. Samad Said, memoir Arena Wati, puisi, cerpen dan novel Usman Awang.

Buku ini membuka dimensi baru dalam penelitian karya-karya terpilih Sasterawan Negara untuk merangsang minat masyarakat menghayati dan menikmati karya-karya asal mereka yang dianggap karya besar dan agung dalam sejarah kesusasteraan Melayu moden mutakhir.


Instructor Biography

Talib Samat dilahirkan di Batu Pahat, Johor. Bertugas sebagai pensyarah kesusasteraan di Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Johor sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D di Universiti Sains Malaysia. Pernah bertugas di Ibu Pejabat Felda, Kuala Lumpur, Kementerian Pertahanan dan Dewan Bahasa dan Pustaka selama 14 tahun. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan lebih 40 buah buku dalam bidang kreatif dan deskriptif. Di antara karyanya yang terkenal termasuklan novel Panas Salju, 99 nama Allah Yang Termasyhur, Syed Syeikh al-Hadi Sasterawan Progresif Melayu dan sebagainya.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.