image

Falsafah - kecintaan kepada hikmah - menjadi wahana penting bagi meneroka justeru menerangi keindahan pemikiran yang tersembunyi di sebalik kancah naratif. Dengan mengaplikasikan beberapa teori dan pemikiran, sama ada dari barat atau timur, karya-karya sastera yang terpilih dalam analisis ini menjadi lebih mantap dan diyakini mutu dan daya estetiknya. Teknik dialektik, iaitu perbincangan berdasarkan soal-jawab, membantu pembaca mengikuti hujahan yang bersabit dengan aspek falsafah seperti eksistensialisme, retorik dan logik justeru memahami pemikiran dalam karya berkenaan.


Instructor Biography

Amida @ Hamidah Abdulhamid (lahir pada tahun 1943) menerima ijazah sarjana (Falsafah) dari University of Wisconsin-Madison, Wisconsin, Amerika Syarikat pada tahun 1981. beliau menjadi pensyarah Falsafah di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya sehingga bersara pada tahun 1998. Bukunya Persoalan Dendam dalam Sastera Melayu (Penerbit Universiti Malaya, 2004) bersumberkan penyelidikan untuk ijazah Doktor Falsafahnya tentang emosi dendam dari aspek falsafah yang terdapat dalam sastera hikayat. Bukunya yang lain ialah Pengantar estetik (DBP, 1995). Beliau juga menulis karya kreatif dengan nama ANIS. Antara kumpulan cerpennya ialah Taman Puspa (DBP, 2005), Cinta Jamuna (Impianis, 2000), Utopia (DBP, 1992, 1995), Cenderamata (DBP, 1981, 1985, 1991). Anis turut menulis buku sastera kanak-kanak dan menghasilkan kumpulan puisi kanak-kanak Laju Perahu Laju (DBP/Brunei Darussalam, 1983).

Copyright © 2022 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.