image

Kesusasteraan sebagai satu ciptaan seni merupakan tonggak utama kebudayaan sesuatu bangsa di dunia. Cabang kesenian itu bukan sahaja memainkan peranan bangsa di dunia. Cabang kesenian itu bukan sahaja memainkan peranan penting dalam proses pembinaan sahsiah malahan juga mencapai daya intelek seluruh warga bangsa yang melahirkannya. Sumbangan kesusasteraan terhadap aspek-aspek yang telah disebutkan itu tidak pernah dipertikai sejak dahulu lagi. Peri pentingnya keselesaan dalam mengharungi hidup bagi mengelakkan kecelaruan dan tekanan telah diterima sebagai keperluan yang mendesak. Aneka macam kesenian diwujudkan demi mencapai maksud itu. Karya-karya kesusasteraan yang berbentuk prosa dan puisi telah sekian lama dihasilkan semata-mata untuk menuntun jiwa ke arah memartabatkan maruah diri. Bagi manusia Melayu, sebahagiannya dilagukan sejak seseorang bayi didodoi sehinggalah ke penghujung hayat demi menyuntik budi dan cita yang secocok dengan acuan yang telah ditentukan oleh agama yang mereka anuti. Demikianlah sumbangan kesusasteraan dalam kesenian terhadap kelangsungan hidup kita. Aset ini perlu dilestarikan!


Instructor Biography

Drs. Harun Jaafar dilahirkan di Relau, Kedah pada 4 Februari 1950. Menerima pendidikan guru di Maktab Penguruan Harian, Johor Bahru. Mengajar di Pahang, Terengganu, dan Selangor selama 25 tahun. Memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang bahasa dan sastera Indonesia dari Universitas Nasional, Jakarta; ijazah Sarjana Muda Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Berkhidmat sebagai pensyarah kanan Kesusasteraan Melayu Klasik; Teori Kesusasteraan; Penilaian dalam Kesusasteraan Melayu; Kesusasteraan Awal Kanak-kanak; dan Pengajaran Kesusasteraan Sekolah Rendah di Jabatan Kesusasteraan Melayu dan Jabatan Pendidikan Sekolah Rendah, Universiti Pendidikan Sultan Idris sejak tahun 1998.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.