image

Buku Amali ToolBook II Assistant 8.5 : Langkah Mudah dan Cepat mengandungi 37 latihan amali secara berperingkat bertujuan untuk memberi kemahiran menggunakan perisian ToolBook II Assistant Versi 8.6 secara mudah dan cepat. Walaupun buku ini dibina berasaskan kepada perisisan versi 8.5, ia masih digunakan bersama versi 8.6 yang boleh dinaik taraf secara percuma daripada ftp://ftp.click2learn.com/pub/tb2/common/86updater.exe. Buku ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang berminat melibatkan diri dalam pembinaan bahan multimedia yang ringan mahupun pembinaan secara serius walau pun tidak memiliki pengetahuan bahasa pengaturcaraan. 


Instructor Biography

Sulaiman Sarkawi mendapat pendidikan tinggi di Universiti Malaysa sehingga peringkat Sarjana dalam bidang Komputer Dalam Pendidikan. Pernah menjadi Penyelaras Projek Kementerian Pendidikan - MIMOS pada 1991 dan pensyarah Teknologi Maklumat di Institut Bahasa Melayu Malaysia Kuala Lumpur pada 1995 hingga 1998. Pernah menjadi perunding kepada beberapa buah syarikat yang terlibat dalam membina perisian multimedia untuk pendidikan. Pengalaman beliau dalam menggunakan perisian ToolBook II Instructor bermula sejak tahun 1996 lagi. Kini beliau menjadi pensyarah Teknologi Maklumat di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.