product-view

Trend dan Isu Pendidikan Abad ke-21

Category :  E-Books
Publisher :  UPSI Press
( 312 )

RM 24.00

Description

Buku ini memberi pendedahan kepada pembaca tentang trend dan isu pendidikan abad ke-21 di Malaysia. Berpandukan 11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM, 2013-2025) dan pembelajaran abad ke-21, setiap isu dikupas agar pembaca jelas dengan senario pendidikan masa kini. Buku ini ditulis oleh penulis yang berpengalaman dan berlatar belakangkan bidang pendidikan. Bahasa yang digunakan dalam buku ini adalah bahasa yang mudah difahami dengan gaya persembahan yang ringkas dan padat bagi meningkatkan tahap kefahaman pembaca dan seterusnya meningkatkan tahap pengetahuan pembaca tentang situasi pendidikan hari ini. Buku ini diharap dapat menjadi rujukan utama, khususnya kepada warga pelajar, pendidik serta pembaca yang ingin memahami trend dan isu pendidikan yang berlaku di Malaysia di abad ke-21.


Instructor Biography

PROFESOR MADYA DR. NORAZILAWATI ABDULLAH dilahirkan di Tanah Merah, Kelantan pada 31 Ogos 1980. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 manakala pendidikan tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia dari peringkat Matrikulasi, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan Pendidikan Sains. Beliau memulakan kerjaya sebagai pendidik sebagai seorang guru di SMK Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur. Kini, beliau bertugas sebagai pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak. Sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI, beliau telah mengajar kursus-kursus professional pendidikan dan berjaya mengraduatkan ramai pelajar dari peringkat diploma hinggalah PhD. Beliau juga seorang yang sangat aktif dan giat menjalankan penyelidikan konvensional serta kajian tindakan yang menyumbang kepada pendidikan di Malaysia. Selain menulis buku, beliau banyak menulis artikel jurnal berimpak tinggi berkenaan dengan penyelidikan dalam bidang pendidikan, khususnya yang berkaitan dengan pendidikan sains, pedagogi, pentaksiran dan teknologi pendidikan. Karya-karya beliau juga banyak disiarkan dalam akhbar seperti Berita Harlan. Beliau juga merupakan ketua editor bagi Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia. Sepanjang 17 tahun berkecimpung dalam dunia pendidikan, selain guru, pensyarah beliau juga pernah menyandang jawatan Penyelaras Pendidikan Sekolah Rendah, Penyelaras Penerbitan dan terkini sebagai Timbalan Pengarah di Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara. 

Copyright © 2022 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.