image

Disiplin geografi yang mengkaji tentang kedinamikan hubungan antara manusia dengan alam sekitar dan saling bergantung antara kedua-duanya merupakan satu bidang yang penting untuk dipelajari dan difahami oleh setiap lapisan masyarakat. Proses pembangunan yang pesat di negara ini telah menyebabkan banyak perubahan dan gangguan terhadap persekitaran fizikal khususnya ruang atmosfera, hidrosfera, litosfera dan biosfera. Empat ruang atau sistem ini perlu diuruskan dengan sewajarnya bagi meminimumkan impak terhadap kemerosotan kualiti air, kualiti udara, perubahan suhu mikro, kemusnahan hutan dan sebagainya akibat daripada pelbagai aktiviti pembangunan guna tanah seperti perindustrian, pembandaran, pelancongan, pertanian dan lain-lain. Masalah yang wujud dalam persekitaran fizikal tersebut perlu ditangani dengan segera memandangkan jika kemerosotan alam sekitar fizikal ini berlarutan, akan memberi impak yang lebih besar kepada kehidupan manusia. Kefahaman tentang pengurusan alam sekitar secara bersepadu serta pelaksanaan yang telus dan berhemah mampu membawa negara ke satu peringkat yang lebih baik demi menjamin kelestarian sumber-sumber alam sekitar fizikal yang dianugerahkan oleh Tuhan.  


Instructor Biography

Nasir Nayan, Mohd Hairy Ibrahim, Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, Mohmadisa Hashim dan Azmi Ahmad Baharom adalah pensyarah di Jabatan Geografi, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.