image

Pembaca dihidangkan dengan perbincangan mengenai pertumbuhan perwatakan dalam novel-novel Malaysia, aspek sosial budaya dalam cerpen Malaysia, kesusasteraan Malaysia tahun-tahun enam puluhan dan novel tahun dua puluhan. Cara menganalisis karya sastera dari beberapa pendekatan seperti struktural-formal, struktural-historikal, estetik, satira dan kepengarangan, turut sama dipaparkan secara aplikasinya. Buku ini berguna sebagai buku rujukan bagi mereka yang mempelajari sejarah kritikan kesusasteraan, sejarah sastera dan mereka yang ingin memahami secara konkrit kritikan sastera daripada beberapa pendekatan.


Instructor Biography

A.Wahab Ali ialah Profesor Kesusasteraan Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Mempunyai pengalaman lebih tiga dekad sebagai pengkaji dan mahaguru kesusasteraan Melayu moden. Sebelum ini, beliau menjadi Profesor di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Profesor Kursi Pengajian Melayu, Universiti Leiden di The Netherlands dan Fellow in Writing di University of Iowa, U.S.A. Beliau juga merupakan seorang sasterawan terkenal dan pemenang anugerah SEA Write Award 1994.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.