image

Buku Ikon Kesusasteraan: Pemikiran Global 11 Sasterawan Negara Malaysia ini menggarap hasil karya sastera para pengarang ikon yang lahir di negara kita sejak tahun 1981 hingga 2012. Institusi Sasterawan Negara yang satu-satunya diadakan ini adalah merupakan betapa kerajaan dan rakyat menyanjung tinggi para sasterawan dan karya-karya agungnya. Kesebelasan sasterawan negara ini dibincangkan dalam 13 bab. 


Instructor Biography

Dato’ Profesor Dr. Mohd. Yusof Hasan mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Hosba pada tahun 1947 hingga 1951 dari darjah satu hingga darjah 5. Seterusnya pada tahun 1956, beliau telah melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah swasta, iaitu Sekolah St. Michael di Alor Setar. Semasa di Sekolah St. Michael, beliau telah mengambil peperiksaan LCE pada tahun 1956. Kemudian, beliau telah menyambung pengajiannya di Pusat Latihan Harian (DTC) di Alor Setar pada tahun 1959 hingga tahun 1961 dan memperolehi Certificate of Education. Selepas itu beliau telah menyambung pelajarannya di Universiti Malaya dan telah lulus Sarjana Muda Sastera pada tahun 1969. Beliau seterusnya meneruskan pengajiannya sehingga memperolehi Diploma Pendidikan di Universiti tersebut pada tahun 1970. Beliau kemudiannya meneruskan lagi pengajiannya pada tahun 1975 di peringkat sarjana di Universiti Sains Malaysia (USM). Semasa di USM, beliau telah mengambil jurusan yang sama iaitu jurusan sastera. Beliau seterusnya menyambung pembelajaran untuk mendapatkan Ph.D di Australian National University pada tahun 1985 dan memperolehi Ijazah Doktor Falsafah.

 

Siti Khariah Mohd Zubir dilahirkan di Jokjakarta, Indonesia. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Salak Sepang, menamatkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Datok Mohd Said, Nilai Negeri Sembilan. Kemudian, beliau menyambung pelajaran ke Maktab Perguruan Perempuan Melayu pada tahun 1976-1977. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia dalam Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama pada tahun 1996. Melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dalam bidang sastera pada tahun 1998, Doktor Falsafah dalam bidang Kesusasteraan Melayu pada tahun 2004 dari universiti yang sama. Beliau berpengalaman sebagai guru selama 28 tahun. Kini berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.