image

Geografi mengkaji kedinamikan hubungan antara manusia dengan alam sekitar dan kebergantungan antara kedua-duanya. Hubungan yang dilakukan oleh manusia melalui aktiviti pembangunan menyebabkan banyak perubahan dan gangguan terhadap persekitaran fizikal khususnya ruang atmosfera, hidrosfera, litosfera dan biosfera. Empat ruang atau sistem ini perlu diurus dengan sewajarnya agar tidak memberi impak terhadap kemerosotan kualiti air, kualiti udara, peningkatan suhu mikro, kemusnahan hutan dan sebagainya akibat daripada pelbagai aktiviti pembangunan guna tanah seperti perindustrian, pembandaran, perlancongan dan lain-lain. Masalah yang wujud dalam persekitaran fizikal tersebut perlu ditangani dengan segera memandangkan jika kemerosotan alam sekitar fizikal ini berlarutan, ia akan memberi impak yang lebih besar kepada kehidupan manusia. Pengurusan alam sekitar secara bersepadu mampu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar secara mampan di negara ini. 


Instructor Biography

Mohd Hairy Ibrahim, Momadisa Hashim dan Nasir Nayan adalah pensyarah di Jabatan Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

  • Unit 516, Block E, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1
    No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350,
    Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • +6 03-7772 5259
  • [email protected]

Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.