Perspektif Kreatif 1


Buku Perspektif Kreatif 1 adalah panduan penting untuk sesiapa yang ingin menguasai teknik perspektif dalam lukisan dengan cara yang tepat, kreatif, dan menyeronokkan. Disusun oleh Dr. Ruzaimi Mat Rani, buku ini membimbing anda memahami asas perspektif seperti titik lenyap, garis horizon, dan sudut pandang, sebelum memperkenalkan anda dengan perspektif satu titik. Pendekatan Visualization Through Freehand (VTF) yang digunakan memudahkan anda mempraktikkan teknik ini tanpa bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan, membolehkan anda melakar dengan lebih bebas dan ekspresif. Disertakan juga latihan praktikal yang membantu anda melakar bangunan, ruang dalaman, dan objek dengan perkadaran yang tepat serta memberi sentuhan kreatif untuk kesan visual yang memukau. Sesuai untuk pelajar, pereka bentuk, arkitek, dan pendidik, buku ini akan menjadikan kemahiran melukis perspektif satu titik sebagai aset utama dalam komunikasi visual anda. Miliki Perspektif Kreatif 1 hari ini, dan ubah lakaran anda menjadi karya yang bercerita dan mengagumkan. 208 muka surat
Content Outline
Goals/Objectives
Matlamat Utama
Buku Perspektif Kreatif 1 bertujuan memperkenalkan teknik mudah melakar perspektif satu titik menggunakan pendekatan kreatif seperti kotak imaginasi (imaginary box). Matlamatnya ialah menjadikan masyarakat lebih mahir melakar ruang dalaman, luaran, landskap dan bandar secara visual supaya idea dapat dizahirkan dengan jelas, cepat, dan berkesan
Objektif
-
Mendedahkan Kepentingan Kemahiran Melakar
Membuktikan bahawa melakar bukan sekadar untuk arkitek atau pereka bentuk, tetapi kemahiran asas yang relevan dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan, kejuruteraan dan pendidikanPerspektif Kreatif 1 25072025.
-
Menguasai Teknik Perspektif Kreatif
Memberi panduan langkah demi langkah menghasilkan lakaran perspektif satu titik yang mudah dan berkualiti melalui kombinasi perspektif asas dan kotak imaginasi. -
Meningkatkan Kefahaman Visual Thinking
Menjadikan lakaran sebagai medium komunikasi visual untuk berfikir, berbincang, dan menyampaikan idea dengan lebih jelas serta mengurangkan salah faham. -
Menggalakkan Kreativiti dalam Rekabentuk
Membantu pelajar, pendidik, dan profesional mengembangkan kreativiti melalui gubahan lakaran ruang, struktur, kemasan, warna dan suasana. -
Membina Keyakinan dalam Komunikasi Visual
Menyemai kesedaran bahawa sesiapa pun boleh melakar perspektif dengan teknik mudah, sekali gus meningkatkan keyakinan diri untuk berkomunikasi secara visual.
Buku ini adalah Siri 1 daripada rangkaian Perspektif Kreatif – bermula dengan perspektif satu titik, sebelum melangkah ke dua titik dan multi titik. Ia merupakan asas penting untuk membina masyarakat visual yang berfikiran kreatif dan berdaya cipta.
Instructor Biography
Dr. Ruzaimi Mat Rani ialah pengasas Visual Communication Through Freehand (VCTF), penulis prolifik dan jurulatih berpengaruh yang menjadikan lakaran spontan sebagai alat strategik untuk menyelesaikan masalah, meningkatkan produktiviti dan memacu inovasi. Program latihan yang berjaya beliau perkenalkan adalah: Visual Leaders untuk organisasi kerajaan dan korporat, Visual Teachers untuk guru-guru, Visual Parents untuk ibu bapa, Visual Students untuk pelajar, serta Bengkel Perspektif khusus untuk pendidik dan pelajar reka bentuk. Dengan karya terkenal seperti Profits from Visuals, beliau menekankan bahawa salah komunikasi menelan kerugian bilion dolar setiap tahun. Melalui pendekatan dinamik dan visi besar, beliau menempatkan komunikasi visual sebagai aset nasional untuk masa depan yang lebih jelas dan berkesan.
Related Courses
Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.