Warna Hati Era Remaja
Aku dirangsang sejenis soalan baru bersumber daripada Reflection Theory, yang pernah kupelajari tahun 1943-1944, bahawa itukah yang dikehendaki Albion? Inikah cara M16 melumpuhkan nasionalis tulin Melayu di Malaya? Nasionalis tulin Melayu itu walaupun radikan tapi masih menolak keganasan dengan mengasaskan perjuangannya menuntut kemerdekaan melalui rundingan berdasarkan demokrasi dan perlembagaan. Nasionalis tidak sama dengan komunis. Melayu yang patuhi Islam tak akan terima faham komunis. Dalam hal ini, aku yakini M16 Britain cukup mengenali siapa orang komunis itu, di Malaya mahu mutu dan semahal manakah mahalnya! Sesuatu yang telah difahami nilai dan diketahui harganya, boleh dibeli untuk dimiliki. Britain akan beli itu, dengan cara apa pun untuk kepentingan jangka panjang Inggeris di Malaya, dan di rantau Asia Tenggara. Sekurang-kurangnya aku sudah baca berita! Maka aku ikuti, dan mengkaji tindak-tanduk Malcom McDonald - Great Britain Commussioner General for South East Asia - beribu pejabat di Istana Bukit Serin, di Johor Baru.
Instructor Biography
Arena Wati
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.