image

Buku ini mengambil tema Kesusasteraan Melayu dalam bandingan dan sub-temanya kesusasteraan serta pendidikan. Ia menyentuh pelbagai topik dan perbincangan yang menarik. Menyentuh Kesusasteraan Bandingan dihidangkan tentang sejarah Kesusasteraan Bandingan, konsep Kesusasteraan Bandingan dan Kesusasteraan Melayu Nusantara, genetik novel Melayu dan Indonesia, sastera peranakan dan hubungannya dengan sastera Indonesia, fungsi sastera dalam membina identiti nasional, sastera dan pembangunan sosioekonomi, sumbangan sastera daerah terhadap sastera nasional dan sastera dunia, sastera Melayu dan sastera Asia Tenggara, sastera Melayu dan sastera dunia, perbandingan novel Salina dengan The Woman of Rome serta kehebatan karya Naquib Mahfuz, pemenang hadiah novel dari Mesir. 

Sastera Melayu dan pendidikan pula menyentuh dasar pemilihan teks sekolah untuk Wawasan 2020, cara mengajar novel yang sukar tetapi menyeronokkan, peranan pujangga mendidik golongan diraja, permasalahan terjemahan dalam pendidikan kesusasteraan dan banyak lagi tajuk yang menarik yang perlu dibaca serta difikirkan bersama.


Instructor Biography

A.Wahab Ali merupakan seorang guru, sasterawan dan Profesor Kesusasteraan Melayu yang tekenal dan berpengalaman hampir setengah abad. Beliau merupakan pemenang SEA Write Award 1994. Merupakan lulusan MPSI, Universiti Malaya dan Australian National University, Canberra, Australia.  Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Profesor Kursi Pengajian Melayu di Universiti Leiden, The Netherlands (1995-1997), Profesor Pengajian Melayu dan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (1992-1999), Profesor Kesusasteraan Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim (2001-2004) dan juga Sarjana Tamu, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.