MindAppz
7 years

Tibow atau Pisa’ Tibow adalah salah satu permainan tradisi yang diwarisi sejak zaman berzaman oleh etnik Melanau dan Iban di Sarawak. Permainan tradisi ini biasanya dimainkan sewaktu berlangsungnya Pesta Kaul yang merupakan festival unik dari etnik Melanau dan Iban di Sarawak. Perayaan ini dirayakan saban tahun dan merupakan antara acara tahunan di dalam kalendar pelancongan Sarawak.

 

Permainan Tibow ini merupakan permainan buaian gergasi yang wajib ada apabila pesta ini berlangsung. Permainan Tibow sebenarnya adalah salah satu

simbol perpaduan dan bersuka-ria serta menjadi tarikan kepada pemuda-pemuda yang berani sahaja. Hal ini kerana terdapat banyak lagak ngeri yang berlaku sewaktu bermain permainan tersebut.

 

Wow suatu yang menarikkan!

 

#FaktaMindAppz

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.