Data Kualitatif: Kaedah Analisis Visual
Buku akademik yang berjudul Data Kualitatif: Kaedah Analisis Visual ini mempunyai Enam (6) Bab utama yang memapar serta menerangkan bagaimana proses menganalisis elemen-elemen komunikasi visual dilakukan. Setiap bab yang dihasilkan mempunyai perkaitan antara satu sama lain terutamanya dari segi contoh-contoh visual yang dianalisis. Dalam Bab Satu (1), penulis menerangkan tentang pengertian analisis, penyelidikan dan pengaruh visual dan elemen emosi, karakter pahlawan dalam ‘Video Games’ dan Kaedah Dalam Menganalisis dan Menginterpretasi Data atau Visual.
Dalam Bab Dua (2), sub-tajuk ialah Analisis Media Cetak dan Aplikasi yang mengandungi tajuk-tajuk seperti Analisis Visual: Perspektif Akademi, kaedah penyelidikan serta paparan contoh-contoh analisis-1 hingga analisis-10. Bab Tiga (3) pula, sub-tajuk ialah Pengiklanan di mana penulis memaparkan contoh-contoh analisis-11 hingga analisis-15. Bab Empat (4) pula memperjelaskan bagaimana proses menganalisis visual bersifat karakter, bermula contoh analisis-16 hingga contoh analisis-19. Bab Kelima (5) pula menunjukkan proses analisis produk pembungkusan. Penulis memaparkan sebanyak sembilan contoh proses analisis yang melibatkan contoh-contoh visual bermula daripada analisis-20 hingga analisis-29. Bab Enam (6) pula dimasukkan sumber rujukan yang digunakan dalam penghasilan buku ini.
Harapan penulis adalah agar penghasilan buku akademik dalam kategori buku teknikal ini akan dapat dikongsi dan dimanfaat oleh mereka yang terlibat dalam dunia komunikasi visual khasnya staf akademik, pelajar-pelajar di IPT, pemain industri malah masyarakat, amnya.
Instructor Biography
GHAZALI Daimin adalah mantan Pengarah di Penerbit UiTM. Beliau juga merupakan Profesor di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), UiTM Shah Alam. Berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Komunikasi Visual di UiTM dan menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (MA - Computing in Design), Staffordshire University, United Kingdom. Beliau aktif dalam bidang penulisan buku akademik dan telah memenangi beberapa anugerah, antaranya ialah Anugerah Akademik Negara (Penerbitan Buku Akademik Negara - 2016) oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan juga Anugerah Penerbitan Akademik UiTM (Penulisan Akademik - 2015), Universiti Teknologi MARA (UiTM). Antara buku-buku akademik yang telah beliau terbitkan ialah Tutorial Ilustrasi Digital: Motosikal, Syarahan Profesor: Komunikasi Visual, Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan Perpaduan Melayu, e-Perniagaan: Peranan Visual & Jenama, Reka Bentuk Pembungkusan Digital: Perusahaan Kecil & Sederhana, Panduan Cadangan & Laporan Penyelidikan-Pasca Siswazah, Jurnal Perintis & Penyelidikan, Modul Kepimpinan Melayu UiTM, Roh Kesungguhan Melayu, Komunikasi Visual: Teori & Falsafah, Product Development: Packaging Design, Teknik Asas Pembelajaran LUKISAN DIGITAL, Rekabentuk & Percetakan Pembungkusan: Teori & Teknikal, Penjenamaan, Panduan Asas Perniagaan Dalam Industri Seni Reka Grafik (Penubuhan Syarikat Reka Grafik), Istilah dan Takrifan Reka Grafik, Reka Grafik Keselamatan, Istilah dan Takrifan Komputer dan Proses Penerbitan Meja-Desktop Publishing (DTP). Penulis juga aktif dalam pembentangan kertas kerja sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa, menulis artikel untuk akhbar-akhbar tempatan di samping melibatkan diri dalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) UiTM.
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.