image

Menakluk Puncak Dunia: Sentuhan Srikandi adalah sebuah karya inspirasi yang merakam perjalanan YBhg. Datuk Roziah  Mohd Janor, seorang figura yang telah meninggalkan jejak mendalam dalam dunia pendidikan tinggi Malaysia. Melalui naratif yang santai, buku ini mengungkapkan transformasi yang dicetuskan oleh beliau dalam aspek pengurusan akademik, pengurusan kualiti, strategi pentadbiran, dan pembangunan institusi. 

Buku ini menjadi rujukan kepada bakal-bakal pemimpin terutamanya pemimpin akademik dalam menerapkan integriti, kualiti, inovasi, ketekunan dan kebergantungan hanya kepada Allah SWT sebagai teras dalam pengurusan, pentadbiran dan kepimpinan. 

Sisi kemanusiaan Roziah, seorang pemimpin yang mendengar, seorang mentor yang membimbing, dan seorang wanita yang kekal teguh meskipun berhadapan cabaran dipaparkan dalam buku ini. Dari cabaran hingga kejayaan, dari impian hingga pencapaian, sisi srikandi yang menjadikan beliau inspirasi kepada masyarakat akademik dan generasi akan datang terlakar dalam buku ini. 

Menakluk Puncak Dunia: Sentuhan Srikandi bukan sekadar catatan pencapaian seorang wanita bemama Roziah  Mohd Janor sebagai Naib Canselor wanita pertama UiTM, tetapi sebuah inspirasi kepada sesiapa sahaja yang ingin menakluk puncak dunia ilmu, kepimpinan, keberanian, dan keyakinan kepada Allah SWT.


Instructor Biography

Datuk Dr. Roziah Mohd Janor mencipta sejarah sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 2021. Sebagai seorang Profesor Statistik di Fakulti Sains Komputer & Matematik dengan pengalaman kepimpinan selama 30 tahun, beliau telah menerajui inisiatif global, kecemerlangan akademik dan kajian impak sosioekonomi. Roziah Mohd Janor sangat dikenali sebagai pemimpin yang berfikiran jauh. Beliau telah memegang pelbagai jawatan kepimpinan penting termasuk sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Penolong Naib Canselor Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), Pengarah Hal Ehwal Kurikulum, dan Pengarah Kualiti Akademik. Beliau juga merupakan ahli Lembaga Teknologis Malaysia dan telah menerima pelbagai anugerah, termasuk Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.), Anugerah Kecemerlangan Staf UiTM serta Pingat Emas untuk produk penyelidikannya yang bertajuk Hadhari Scorecard di INPEX, pameran ciptaan terbesar di Amerika. Beliau juga telah memimpin inisiatif kecemerlangan global yang telah menghasilkan pelbagai pengiktirafan antarabangsa untuk universiti. Antara anugerah tersebut adalah Anugerah Emas dari QS Rankings untuk Pertandingan Kreatif QS-Apple 2020, kedudukan #105 dalam Ranking Universiti Asia, dan kedudukan 100-200 dalam Ranking Impak Times Higher Education (THE).


Norhazlina Husin (Prof. Madya Dr.) merupakan pensyarah di Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam. Bidang kepakarannya ialah terjemahan dan interpretasi, kajian perbandingan bahasa dan sosiobudaya, penyuntingan serta pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu untuk penutur asing. Beliau telah berkhidmat di UiTM lebih 20 tahun. Sebelum menyertai UiTM, beliau dilantik sebagai pensyarah pelawat di Walailak University, Thailand pada 2004 hingga 2005. Beliau juga dilantik sebagai sarjana pelawat di universiti yang sama pada 2018. Beliau juga sering dijemput sebagai penceramah dan pakar rujuk untuk bidang terjemahan dan pengajaran bahasa Melayu untuk penutur asing.

  • Unit 516, Block E, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1
    No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350,
    Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • +6 03-7772 5259
  • [email protected]

Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.