image

Masyakarat sivil (civil society) telah muncul sebagai salah satu daripada sektor penting dalam sesebuah negara, selain daripada kerajaan (state) dan juga perniagaan (business). Baik dalam kehidupan berpersatuan (associational life) atau dengan bermatlamatkan masyarakat yang baik (good society) atau beretika mahupun bagi maksud mengadakan perundingan dan perbahasan diruang awam (public sphere), peranan NGO dan gerakan sosial didapati semakin penting dalam politik Malaysia. Berdasarkan kepada premis ini, buku yang terdiri daripada 11 Bab ini berhasrat untuk mengetengahkan dan membincangkan peranan masyarakat sivil sama ada menerusi gerakan sosial (social movement), NGO atau institusi-institusi masyarakat sivil yang lain. Penelitian yang dilakukan ini meliputi pelbagai aspek seperti demokrasi, hak asasi, alam sekitar, kesihatan, wanita dan sebagainya. Diharapkan ia akan dapat memberi satu perspektif baharu kepada para pembaca berhubung dengan peranan masyarakat sivil di Malaysia.


Instructor Biography

Makmor Tumin (Dr) adalah Profesor Madya di Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya. Beliau telah berkhidmat di Universiti Malaya mulai 1997. Penyelidikan beliau adalah dalam bidang Sains Politik, dengan memfokus kepada isu-isu pemikiran politik perbandingan, masyarakat sivil dan dasar sosial. Tiga buah buku beliau mengenai pemikiran politik (termasuk yang terbaharu) adalah “Pemikiran Politik dan Ekonomi Barat”, “Asas Teologi dan Falsafah Politik Muslim" dan "Falsafah Politik Barat Masa Kini: Metafizik dan Tokoh". Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, beliau  menunjukkan keseriusan dalam melibatkan diri dengan kerja-kerja penyelidikan yang berkaitan dengan teologi dan falsafah Islam.

 

Mazlan Che Soh (Dr) adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban. Beliau Mula berkhidmat di UiTM sejak tahun 2009 dan sebelum itu bertugas Islam dan Dinamika Masyarakat Sivil di Malaysia di Perbadanan Stadium Merdeka (PSM) atau kini dikenali sebagai Kuala Lumpur Sports City, Bukit Jalil selama 16 tahun sejak 1993. Beliau memperoleh ijazah Kedoktoran dari Universiti Malaya dan penyelidikan beliau adalah dalam bidang Pentadbiran Awam, dengan memfokus kepada isu-isu berkenaan masyarakat sivil, Third Sector Administration, NGO dan dasar sosial. Beliau juga turut menunjukkan minat dalam isu pemikiran dan falsafah politik. Beliau turut aktif dalam kesatuan sekerja dan juga NGO, antaranya sebagai Setiausaha Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi MARA (MITASA) dan Setiausaha Gabungan Persatuan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Malaysia (GPASBP) serta beberapa pertubuhan yang lain.


Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy (Prof. Madya Dr) merupakan Ketua Jabatan Siasah Syar'iyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Editor Teknikal dan Akademik bagi International Economics Development and Research Center (2019-2020), Pengerusi Panel Isu-Isu Wanita Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Ahli Lembaga Penasihat, Journal of Islamic Research, Ahli Lembaga Editorial Akademik Asian Research Journal of Arts & Social Sciences (2017-2021) dan Ketua Editor YADIM Online Journal (2020-2021).

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.