image

Buku Proses dan Prosedur Pembangunan Perumahan ini dihasilkan oleh penulis dalam dunia pendidikan yang terdin daripada Nor Feda Haji Ali, Nurain Mohd Talmizi, Wan Norizan Wan Ismail, Suzanah Abdullah, Mohammad Nazrin Zainal Abidin, Mohamad Shahin Shahdan dan Normila Ahmad. Kesemua tenaga pengajar ini mempunyai pengalaman dalam bidang projek pembangunan perumahan di syarikat pakar runding atau pemaju sebelum menceburi bidang akademik. Buku ini merupakan edisi pertama yang mempunyai enam bab dan dikupas secara ringkas, Fasa Insepsi, Fasa Kebenaran Merancang, Fasa Reka Bentuk Pembangunan, Fasa Dokumentasi Pembangunan, Fasa Pelaksanaan dan Pengurusan Kontrak dan Fasa Penyelesaian Akhir.

Penulisan ini turut memberi pendedahan tentang perancangan, penjadualan dan pengawalan secara menyeluruh sebelum sesuatu projek dimulakan bagi memastikan projek tersebut dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan, berjalan lancar, dilaksanakan secara sempurna dan memenuhi keperluan pihak berkepentingan. Kebanyakan projek pembangunan di Malaysia melibatkan tujuh pihak berkepentingan yang utama, pemilik, pihak perunding, pembina, pembekal, tenaga kerja, pembiaya kewangan dan pihak berkuasa yang meluluskan sesebuah projek. Melalui penerangan secara ringkas peranan setiap pihak melalui setiap lasa, para pelajar dapat memahami proses pembangunan perumahan bagi memastikan projek yang dirancang dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Seterusnya penulis akan mengupas secara terperinci bagi setiap lasa pada edisi seterusnya.

Penerbitan ini terhasil melalui kajian dan temu bual daripada pihak berkepentingan dan disampaikan dengan cara mudah difahami berserta penerangan jelas. lusteni naskhah ini sesuai dijadikan bahan rujukan oleh para pendidik, pelajar kursus pendidikan Kolej Pengajian Alam Bina, pemaju dan pihak pengguna yang berkenaan.


Instructor Biography

Proses dan Prosedur Pembangunan Perumahan telah dihasilkan oleh penulis dalam dunia pendidikan yang terdiri daripada Nor Eeda Haji Ali, Nurain Mohd Talmizi, Wan Norizan Wan Ismail, Suzanah Abdullah, Mohammad Nazrin Zainal Abidin, Mohamad Shahin Shahdan dan Normila Ahmad. Kesemua tenaga pengajar ini mempunyai pengalaman dalam bidang projek pembangunan perumahan di syarikat pakar runding atau pemaju sebelum menceburi bidang akademik.

  • Unit 516, Block E, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1
    No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350,
    Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • +6 03-7772 5259
  • [email protected]

Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.