image

Usahawan DNA UiTM adalah kisah inspirasi kejayaan Staf, Alumni dan Mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang terlibat dalam bidang keusahawanan. Perkongsian pengalaman bermula dari peringkat awal penglibatan dalam perniagaan sehingga mereka menjadi usahawan yang berjaya turut dikongsikan dalam buku ini. Untuk menjadi seorang usahawan, sudah tentu pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dilalui sebelum menikmati manisnya kejayaan. Setiap individu itu perlu memiliki kualiti utama dalam diri masing-masing iaitu "pemikiran", "hati" dan "jiwa" untuk menjadi usahawan yang kompetitif dan lestari selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 untuk memacu persaingan ekonomi global dan ledakan arus perubahan teknologi. Pada era Revolusi Industri 4.0 kini, masyarakat harus sedar dan perlu mengubah persepsi mereka dan melihat perniagaan sebagai salah satu pilihan kerjaya yang menjanjikan pulangan yang lumayan. Bagi merealisasikan hasrat UiTM untuk menjadi Universiti Keusahawanan pada tahun 2025, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) dalam mewujudkan ekosistem keusahawanan di dalam kampus dan seterusnya melahirkan lebih ramai Ikon Usahawan Universiti yang akan menjadi kebanggaan negara pada masa hadapan.


Instructor Biography

Sr Ts Dr Siti Hafsah Zulkarnain merupakan Pengarah di Pusat Keusahawanan Mahasiswa, MASMED dan Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Pengurusan Harta Tanah, Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dari Malaysia-Japan International Institute of Technology, UTM dengan penyeliaan bersama University of Tsukuba, Jepun. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di International University College of Technology Twintech (IUCTT) dan bertugas sebagai Eksekutif Penilaian di TD Aziz Eastcoast (Johor) Sdn. Bhd. Selain itu, beliau merupakan Pengurus Harta Berdaftar (PM2557), Ahli Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM), Ahli Institut Pengurus Harta dan Fasiliti Malaysia (MIPFM) dan Teknologis Profesional (Lembaga Teknologis Malaysia - MBOT). Bergiat aktif sebagai penyelidik dalam bidang Penilaian Hartanah dan Pengurusan Bencana (Banjir). Hasil penyelidikan beliau telah dibentangkan dan diterbitkan dalam jurnal terkemuka dan konferensi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antara buku penulisan yang dihasilkan adalah The Impact of Flood Hazard on Residential Property Price, Impact of Flood in Residential Valuation Practice, Contemporary Housing Issues, Introduction to Law in Built Environment, 10 Panduan Asas Beli Rumah, Sustainable and Green Property Management dan Kerjaya dalam Bidang Alam Bina.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.