Kuasai Kalkulator Saintifik FX570 Tingkatan 5

by Mohamad Nur Hidayat

0 ( 0 ratings )
  • ( 182 )
RM 18.00


Video course ini menerangkan tentang cara penggunaan Kalkulator Saintifik FX 570 dalam matematik tambahan dan matematik moden untuk tingkatan 5. Pelajar akan belajar kaedah yang harus digunakan oleh pelajar bagi membantu pelajar menyemak jawapan dan menjimatkan masa menjawab dengan formula yang ada di dalam kalkulator. Tutorial langkah demi langkah untuk menyelesaikan soalan dari peringkat rendah hingga aras sukar akan ditunjukkan kepada pelajar.

Memberi harapan dan keyakinan baru kepada pelajar untuk mendapat A+ dalam Matematik Tambahan melalui pendedahan cara menjawab soalan-soalan dengan menggunakan teknik dan formula yang dijamin mudah dan senang untuk diaplikasikan dalam soalan.

Cikgu Hidayat merupakan seoarang pelajar yang cemerlang akademik suatu ketika dahulu. beliau juga dikenali sebagai "High Achiever" dan memperoleh Straight A dalam SPM. Beliau juga telah mendapat keputusan yang sangat cemerlang di Program Matrikulasinya di Tangkak, Johor dengan memperoleh 4 Flat untuk dua semester berturut-turut dan beliau juga mendapat kelas Pertama semasa Ijazah Sarjana Muda beliau di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).

Kini beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Cikgu Hidayat juga telah menubuhkan sebuah Pusat Tuisyen di Kluang, Johor bagi membantu pelajar setempat meningkatkan pencapaian mereka. Beliau juga sedang berkhidmat di Pusat Tuisyen Prodigi dan mengajar mata pelajaran matematik dan matematik tambahan sebagai bidang kepakaran beliau. Beliau kini mempunyai pengalaman sebanyak 7 tahun sebagai personal tutor matematik tambahan.