image

Buku metodologi kualitatif ini disusun berdasarkan pengalaman tujuh pakar kualitatif pendidikan Islam ketika mereka bergelar pelajar PhD. Penyusunanan bab dibuat mengikut kronologi langkah demi langkah, iaitu; pencarian isu dan jurang kajian, penetapan metodologi kajian, pengurusan lapangan kajian, penganalisisan data kualitatif, penulisan dapatan kajian dan persiapan viva cemerlang. Uniknya, buku ini ditulis dengan penulisan travelog dan santai dengan menggunakan gaya bahasa percakapan. Keadaan ini menyebabkan buku ini bukan sahaja sesuai buat panduan pelajar pascasiswajah, bahkan turut boleh dimanfaatkan oleh pelajar prasiswazah. Pembaca akan merasakan seperti sedang berkomunikasi dengan pakar-pakar tersebut. Selain itu, di awal setiap bab, turut dikongsikan ringkasan kajian PhD esemmua pakar tersebut. Hal ini untuk memudahkan pembaca memahami konteks penulisan tersebut, dan seterusnya memanfaatkan penulisan tersebut sesuai dalam konteks kajian mereka pula.


Instructor Biography

Nursafra binti Mohd Zhaffar (Dr) merupakan pensyarah kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau. Beliau pernah berkhidmat di Kolej Komuniti selama 10 tahun. Anak kelahiran Negeri Sembilan ini memperoleh Ijazah pertama di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Pengajian Al-Quran dan Sunnah. Melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah Pendidikan Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau minat mengajar dan menulis serta giat menghasilkan penulisan dalam bidang Pendidikan, Pendidikan Islam, Kemahiran Berfikir dan Inovasi. Beliau boleh dihubungi melalui [email protected].

Wan Ali Akbar bin Wan Abdullah (Dr) dilahirkan di Kg. Losong Megat Husin, Kuala Terengganu, Terengganu. Mendapat pendidikan rendah di SK Seri Nilam dan pendidikan menengah di SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin. Beliau mendapat ijazah sarjana muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Fiqh dan Usul al-Fiqh) serta Diploma Pendidikan (Pendidikan Islam) dari UIA. Beliau turut memperoleh ijazah sarjana dan doktor falsafah dalam bidang Pendidikan Islam daripada UKM. Beliau pernah bertugas sebagai guru Pendidikan Islam di SMK Mambau dan SMK Undang Jelebu dan aktif menghasilkan inovasi pengajaran dalam Pendidikan Islam serta pernah memenangi beberapa anugerah. Beliau aktif menulis pelbagai buku, buku teks, artikel jurnal, prosiding dan bab dalam buku. Kajian PhD beliau berjudul Guru Inovatif Pendidikan Islam dalam Inovasi Pengajaran dilakukan dengan menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya. Beliau boleh dihubungi melalui [email protected].

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.