Tangga Batu Rumah Melaka
Malaysia sedang menuju ke arah sebuah negara maju di dunia. Kesenian dan kebudayaan telah menjadi aset negara yang harus dijaga supaya ia tidak luput ditelan zaman. Buku ini akan membicarakan tentang keistimewaan rumah traditional negeri Melaka menerusi tangga batu yang diperbuat daripada batu marmar lama dan seramik yang kini sudah hilang ditelan zaman.
Bagi orang Melaka, tangga diibaratkan lagu dengan irama, jika dipisahkan salah satu daripadanya, maka akan rosaklah segalanya. Oleh itu, tangga telah dijadikan salah satu simbol identiti rakyat Melaka. Ada antara mereka sanggup membiarkan rumah usang dimamah zaman, namun tangga tetap terpelihara. Sudah menjadi lumrah penghuni rumah Melaka yang lebih mementingkan tangga batu yang cantik daripada teratak teduhan mereka. Sejarah asal-usul tangga, warna, bentuk, motif, maksud di sebalik motif serta elemen-elemen seni reka dan nilai-nilai estetika yang perlu diambil perhatian akan diselitkan dalam kandungan buku ini. Buku ini ditulis atas dasar dorongan serta kesedaran diri di mana sudah tiba masanya untuk membuka pemikiran dan persepsi masyarakat agar lebih bersifat prihatin terhadap tinggalan sejarah di Malaysia.
Instructor Biography
ABD. RASID ISMAIL (Prof. Madya Dr.) merupakan pensyarah kanan di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Jabatan Seni Visual, Universiti Teknologi MARA (UiTM) sehingga kini. Kepakaran anak jati Sabak Bernam ini dalam bidang reka bentuk motif-motif fabrik tidak asing lagi dan telah membuat pembentangan kertas kerja berkaitan dengan reka bentuk motif-motif fabrik di serata tempat sama ada dalam negara mahupun luar negara, Turut pernah berkerjaya sebagai guru selama 12 tahun sebelum menyambung pengajian sarjana dalam bidang pendidikan, seterusnya ke peringkat doktor falsafah dalam bidang Pengurusan Seni Persembahan.
MUHAMMAD HAKIMI TEW ABDULLAH (Prof. Madya Dr.), pensyarah kanan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau. Memulakan pengajian dalam bidang penyiaran di Malaysia Institute of Integrative Media (MIIM) atau lebih dikenali Akademi TV3, seterusnya menyambung pengajian tinggi di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Telah dikurniakan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Komunikasi di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini, beliau aktif dalam penulisan buku mengenai is Rohingya, komunikasi politik, media baharu dan teknologi, dan banyak lagi. Kepakaran beliau adalah dalam bidang media baharu dan komunikasi.
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.