image
RM 32.00

Era globalisasi abad ke-21 membawa perubahan ketara dalam bidang pendidikan di negara-negara seluruh dunia termasuk Malaysia. Terdapat empat kemahiran penting iaitu pemikiran kritis, komunikasi, kolaborasi dan kreativiti yang perlu dikuasai oleh setiap individu yang ingin berjaya menghadapi cabaran bukan sahaja dalam pembelajaran rendah dan tinggi bahkan dalam kerjaya dan kehidupan sebenar.


Goals/Objectives

Buku ini menjelaskan secara terperinci tentang kemahiran 4K dan usaha-usaha ke arah pemupukan keempat-empatnya dalam amalan di bilik darjah secara bermakna.

Instructor Biography

Dr. Norazlin binti Mohd Rusdin merupakan seorang pensyarah di Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Menggalas tanggung jawab sebagai pendidik sejak tahun 2005. Penulis memiliki ljazah Doktor Falsafah Pedagogi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (2021). Penulis merupakan guru inovatif dari tahun 2016 hingga 2022 dan berjaya mencatat sebanyak 64 pencapaian dalam pertandingan inovasi peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah. Penulis juga giat membentangkan kertas kerja di pelbagai persidangan antarabangsa.

Dr. Siti Rahaimah binti Ali memiliki ljazah Doktor Falsafah Pendidikan Matematik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (2014) merupakan seorang pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Pendidikan Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Penulis telah menempa nama sebagai penerima anugerah di majlis-majlis peringkat antarabangsa seperti International Education Award 2018 anjuran UNESSCO, Distinguished Scientist in Mathematics Education di Chennai India, VIRA 2019, International Invention & Design Leader in Mathematics Education Award 2020 di Korea Selatan dan International Young Scientist Award 2021 oleh IRAEA. Penulis juga mempunyai pengalaman sebagai guru Matematik di sekolah rendah, pensyarah di Institut Pendidikan Guru serta pernah berperanan sebagai Master Trainer dan Rakan Elit bagi Sekolah Transformasi Kohort 1 dan Kohort 2.

  • Unit 515 & 516, Block E, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1
    No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350,
    Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • +6 03-7931 0622
  • [email protected]

Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.