image
RM 32.00

Buku Keselamatan Siber untuk kanak-kanak: Panduan untuk Ibu Bapa dari Sudut Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak dan Psikologi Spiritual Islam ini bertujuan memberi panduan kepada ibu bapa tentang etika siber untuk anak-anak melayari Internet, bermain sebarang permainan atau aplikasi atas talian dan bagaimana ibu bapa boleh memantau serta memberi nasihat dari sudut psikologi kanak-kanak dan psikospiritual Islam.


Goals/Objectives

Buku ini bertujuan untuk memberi panduan kepada ibu bapa tentang etika siber untuk anak-anak melayari Internet, bermain sebarang permainan atau aplikasi atas talian dan bagaimana ibu bapa boleh memantau dan memberi nasihat dari sudut psikologi kanak-kanak dan psikospiritual Islam. Ia boleh digunakan secara komprehensif oleh ibu bapa, ahli akademik, penyelidik, pihak kerajaan dan masyarakat umum kerana mengandungi kupasan tentang keselamatan siber untuk kanak-kanak, psikologi perkembangan kanak-kanak dan psikologi spiritual Islam, kajian etika siber dan pemantauan ibu bapa ketika pandemik Covid 19, panduan ibu bapa untuk keselamatan siber anak-anak dan undang-undang siber di Malaysia dan cadangan kepada SKMM, kerajaan dan pembangun atau syarikat permainan.

Instructor Biography

Nor Azah Abdul Aziz merupakan Profesor Madya di Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia. Mempunyai kepakaran dalam bidang Multimedia dan Psikospiritual Islam. Kelayakan akademik tertinggi: Melanjutkan pengajian Posdoktoral di Loughborough University United Kingdom (2011-2013) dan beroleh doktor falsafah (PhD) di Universiti Malaya (2009). Beliau juga mengetuai 7 penyelidikan yang berjumlah (RM1,234,870) dari tahun 2006 hingga 2021. Beliau telah menerbitkan lebih 130 artikel/jurnal. Buku yang telah diterbitkan oleh beliau adalah Pembangunan Perisian Multimedia Kanak-kanak Prasekolah (2021) oleh Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) yang mendapat Anugerah Buku Negara pada tahun 2022, Modul Penggunaan Apllikasi (apps) dan Gerakan Jari yang bersesuaian untuk Kanak-kanak
mengikut Perkembangan Umur (2020) yang diterbitkan oleh NCDRC UPSI, buku Mari belajar Solat dan Sains untuk Kanak-kanak (2017) diterbitkan oleh Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan buku Integrasi Media: Neo Perspektif (2015) diterbitkan oleh Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).


Che Zarrina Saari berkelulusan dari Universiti Malaya (Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana) dan Universiti Edinburgh (PhD) kini merupakan Profesor di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Malaysia yang bertugas di Jabatan Aqidah dan Pemikiran Islam. Beliau beberapa kali berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Aqidah dan Pemikiran Islam, dan sebagai Timbalan Pengarah (Pembangunan dan Penyelidikan) di Akademi yang sama. Kini beliau adalah Timbalan Pengarah (Penyelidikan) sehingga Disember 2024. Beliau pernah menjadi sarjana pelawat di Universiti Leiden (Jun 2004- September 2004) dan Universiti Edinburgh (Februari 2010- Oktober 2010). Kegiatan akademik dan penyelidikan beliau amat meluas dan melibatkan bidang tasawuf, Psikospiritual Islam, Psikoterapi Islam, dan Etika Islam. Beliau telah menghasilkan lebih 300 penerbitan termasuk buku, artikel dalam buku, artikel dalam jurnal, artikel pendek dalam media masa dan prosiding persidangan yang dibentangkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


Suzaily Wahab adalah Profesor Madya dan pakar psikiatri (clinical and health sciences - clinical medical) di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kelayakan akademik tertinggi beliau adalah Ijazah Sarjana Psikiatri dan Doktor Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah menghasilkan lebih 200 penerbitan termasuk jurnal berimpak tinggi (SCOPUS/WOS), buku, artikel dalam buku dan pelbagai artikel dan penulisan lain. Beliau juga mengetuai lebih 50 penyelidikan dan penyelidikan bersama dari tahun 2011 sehingga tahun 2022.

  • Unit 515 & 516, Block E, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1
    No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350,
    Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • +6 03-7931 0622
  • [email protected]

Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.