image

Buku akademik yang berjudul Tutorial Ilustrasi Digital Motosikal ini mempunyai tujuh (7) bab utama yang memuat dan menerangkan bagaimana proses lakaran atau ilustrasi mereka bentuk motosikal secara digital.

 

Dalam Bab Satu (1), penulis menerangkan proses mereka bentuk motosikal dari kategori ‘Super Sport’. Ilustrasi reka bentuk motosikal secara ‘step-by-step’ atau langkah demi langkah akan memperhalusi setiap komponen motosikal dihasilkan.

 

Dalam Bab Dua (2), penulis menunjukkan bagaimana proses reka bentuk digital bagi menghasilkan reka bentuk motosikal dari kategori ‘Cruiser’.

 

Bab Tiga (3) penulis menunjukkan bagaimana menghasilkan reka bentuk digital motosikal bagi kategori ‘Norton’.

 

Bab Empat (4) pula memperjelaskan bagaimana mereka bentuk lakaran motosikal dalam kategori ‘Adventure Touring’.

 

Bab Kelima (5) pula mempamerkan tentang penghasilan mereka bentuk motosikal secara digital dari kumpulan ‘Scooter’.

 

Bab Enam (6) pula menunjukkan proses mereka bentuk motosikal secara digital bagi kategori ‘Naked’.

 

Bab terakhir iaitu Bab-7 menunjukkan proses mereka bentuk menghasilkan motosikal dari kategori pelbagai jenis dan jenama motosikal. Dalam bab terakhir penulis akan mengumpulkan kepelbagaian jenama motosikal dan menunjukkan bagaimana setiap jenama motosikal ini dihasilkan secara lakaran atau ilustrasi digital.

 

Dalam hal berkaitan juga, penulis juga ingin memaklumkan bahawa terdapat perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang digunakan di dalam buku ini bagi menerangkan nama komponen (motorcycle parts) yang mana ia tiada dalam perkataan Bahasa Malaysia. Di awal bab di dalam buku ini juga, penulis memasukkan huraian bagaimana proses penghasilan reka bentuk bagi setiap komponen pada motosikal bagi memberikan kefahaman kepada pembaca. Dalam bab-bab yang terakhir, penulis memberikan fokus pula kepada proses penghasilan reka bentuk motosikal yang lebih terperinci. Harapan penulis adalah agar penghasilan buku akademik dalam kategori buku teknikal ini akan dapat dikongsi dan dimanfaat oleh para staf akademik dalam bidang komunikasi visual, pemain di dalam industri automotif dan masyarakat amnya. Apa yang paling diharapkan oleh penulis ialah buku ini juga akan memberikan menfaat serta rujukan kepada para pelajar dalam bidang seni reka grafik khasnya di IPT (awam dan swasta). Akhir kata, sesungguhnya visual reka bentuk motosikal digital ini tidak begitu tepat dan dalam skala sebenar, namun penulis berharap ia sedikit sebanyak akan memberikan sedikit perkongsian ilmu dalam bidang komunikasi visual yang berkaitan dengan reka bentuk motosikal secara digital kepada mereka yang meminati bidang ini.


Instructor Biography

Ghazali Daimin adalah seorang Profesor di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), UiTM Shah Alam. Berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Komunikasi Visual di UiTM dan menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (MA-Computing Design). Staffordshire University, United Kingdom. Beliau aktif dalam bidang penulisan buku akademik dan telah memenangi beberapa anugerah, antaranya ialah Anugerah Akademik Negara (Penerbitan Buku Akademik Negara-2016) oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan juga Anugerah Penerbitan Akademik UiTM (Penulisan Akademik-2015), Universiti Teknologi MARA (UiTM). Antara buku-buku akademik yang telah beliau terbitkan ialah: Syarahan Profesor: Komunikasi Visual, Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan Perpaduan Melayu, e-Perniagaan: Peranan Visual & Jenama, Reka Bentuk Pembungkusan Perusahaan Kecil & Sederhana, Panduan Cadangan & Laporan Penyelidikan-Pasca Siswazah, Jurnal Perintis & Penyelidikan, Modul Kepimpinan Melayu UiTM, Roh Kesungguhan Melayu, Komunikasi Visual: Teori & Falsafah, Product Development: Packaging Design, Teknik Asas Pembelajaran Lukisan Digital, Reka Bentuk & Percetakan Pembungkusan: Teori & Teknikal, Penjenamaan, Panduan Asas Perniagaan dalam Industri Seni Reka Grafik (Penubuhan Syarikat Reka Grafik), Istilah dan Takrifan Reka Grafik, Reka Grafik Keselamatan, Istilah dan Takrifan Komputer dan Proses Penerbitan Meja-Desktop Publishing (DTP). Penulis juga aktif dalam pembentangan kertas kerja sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa, menulis artikel untuk akhbar-akhbar tempatan di samping melibatkan diri dalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) UiTM.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.