image

SOKONGAN SOSIAL merupakan elemen penting yang diperlukan oleh masyarakat, dalam menghadapi krisis pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia semenjak awal tahun 2020. Sokongan sosial melibatkan sokongan emosi, sokongan perhubungan sosial, sokongan instrumental dan sokongan maklumat. Sokongan sosial adalah strategi daya tindak terhadap pelbagai bentuk tekanan dan meningkatkan mekanisme daya tahan seseorang, untuk menguruskan konflik diri dan keluarga. Buku ini mengupas pelbagai aspek sokongan sosial yang diperlukan oleh masyarakat semasa krisis pandemik COVID-19 seperti sokongan kepada masyarakat awam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP); sokongan emosi kepada individu, stigma sosial terhadap pesakit COVID-19, strategi daya tindak pasangan dan pengurusan keluarga semasa krisis COVID-19, solusi aktiviti bagi remaja B40 dalam tempoh PKP, cabaran dan implikasi COVID-19 kepada Orang Kurang Upaya dan warga emas, jenayah penipuan dalam talian dan pemerkasaan komuniti melalui kuasa sedekah semasa krisis COVID-19.


Instructor Biography

AZAN SOFIA Amin, PhD adalah pensyarah kanan dalam program Kerja Sosial di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kepakaran beliau adalah dalam bidang Ornag Kurang Upaya, Psikologi Kaunseling dan Kajian Gender.

 

NOREMY Md Akhir, PhD juga nerupakan pensyarah kanan di Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, FSSK, UKM. Bidang kepakaran beliau dalam aspek pengurusan bencana, psikologikal isu, resilien, pengurusan krisis dan kerja sosial.

 

ABDUL RAHMAN Ahmad Badayai, PhD juga pensyarah nan di pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, FSSK, UKM. Kepakaran beliau merangkumi remaja berisiko, kanak-kanak lewat perkembangan, kanak-kanak berkeperluan khas, strategi daya tindak dan gaya keibubapaan.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.