image

GBT dalam GOT: Suatu Pengalaman merupakan nukilan hasil daripada pengalaman sebenar penulis sepanjang tempoh menyiapkan pengajian doktor falsafah beliau. Istilah GOT atau Graduate on Time ini seringkali diketengahkan dalam pengajian PhD, dan menjadi saranan khususnya kepada calon yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa.

Dalam buku ini, penulis akan berkongsi tentang persediaan berserta dengan langkah-langkah dan beberapa tip daripada tiga cabang utama pengajian PhD yakni sebelum, semasa dan pascapengajian yang sedikit sebanyak dapat diaplikasikan dalam konteks pengajian seseorang calon PhD agar berjaya menyiapkan penyelidikan dalam tempoh yang ditetapkan. Buku ini sesuai dijadikan sebagai bacaan santai yang bukan sahaja penuh dengan informasi, malah berguna khususnya kepada calon PhD sebelum memulakan perjalanan dalam menyiapkan pengajian mereka.


Instructor Biography

MUHAMAD NUR FARIDUDDIN (PhD) merupakan Pensyarah Kanan dari Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dengan Pengkhususan Pendidikan Kesihatan dari Fakulti Sains Kesihatan UKM pada tahun 2019 dan dianugerahkan Graduate on Time (2017-2019) dan Penulisan Berimpak (2019) atas pencapaian beliau. Bidang kajian beliau adalah tentang penggunaan simulasi dan model ulasan bagi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan kesihatan.  Beliau juga merupakan ahli yang bergiat aktif dalam persatuan Malaysian Society of Simulation in Healthcare (MaSSH) dan banyak menerbitkan artikel berindeks, buku penyelidikan dan rujukan, instrumen penilaian dan modul berkaitan simulasi dan memenangi beberapa anugerah emas berkaitan penyelidikan seperti inovasi, pembentangan poster dan lisan di beberapa persidangan luar dan dalam negara. Beliau turut dijemput sebagai penceramah jemputan di beberapa persidangan antarabangsa, serta diminta untuk memberi ceramah mengenai GOT di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan beberapa seminar siswazah di pelbagai IPTA/IPTS di Malaysia.

Average Rating

5
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.