image

Sebuah dokumentasi bergambar berserta penerangan mengenai tumbuhan ubatan yang terdapat di kawasan hutan pemulihan Paya Bungor. Tujuan buku ini diterbitkan adalah untuk dijadikan bahan rujukan dan kepekaan terhadap konservasi alam semula jadi. Kehadiran tumbuhan ubatan ini menggambarkan kekayaan dan keistimewaan floranya yang tersendiri.


Instructor Biography

Dr. SHAMSUL KHAMIS adalah pensyarah kanan di Jabatan Sains Biologi don Bioteknologi, Fakulti Sains don Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Kerjaya sebagai tenaga pengajar don penyelidik bermula pad a tahun 2015 hingga sekarang. Beliau memperolehi ljazah Sarjana Muda Sains (Perhutanan) di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1998 kemudian ljazah Sarjana Sains don Doktor Falsafah dalam bidang Botani di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2002 don 2015.

Dr. WAN MOHD NAZRI ABDUL RAHMAN adalah Profesor Madya di lndustri Perkayuan, Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM}, Kampus Jengka, Pahang. Beliau mula mengajar di UiTM sejak tahun 2000. Beliau memperolehi ljazah Sarjana Muda Sains (Perhutanan) pada tahun 1998 don ljazah Sarjana Sains (Pengunaan Kayu) pada tahun 2000 di Universiti Putra Malaysia. Beliau juga memperolehi ljazah Falsafah pada tahun 2009 di Universiti Teknologi MARA.

Dr. AIZA HARUN adalah seorang pensyarah kanan di Pusat Pengajian Sains, Fakulti Sains Gunaan di Universiti Teknologi MARA Pahang. Beliau berkhidmat di UiTM Pahang bermula dari tahun 2000 sehingga sekarang. Beliau memperolehi ljazah Sarjana Muda Sains (Kep) dalam bidang kimia tulen pada tahun 1996 di Universiti Putra Malaysia. Kemudian beliau telah melanjutkan pengajian di peringkat Master Sains dalam bidang teknologi enzim pada 1997 don memperolehi ijazah master sains dalam tahun 2000 di universiti yang soma. Pada tahun 2014 beliau telah dianugerahkan ljazah Doktor Falsafah dari Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Kimia Farmasi. 

Average Rating

5
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.