image

Buku Dialog Kehidupan Spektrum Komuniti Cina Muslim menceritakan tentang satu bentuk dialog agama yang berlaku dalam kalangan masyarakat Cina di negeri Terengganu yang dikenali sebagai dialog kehidupan. Dialog kehidupan merupakan satu perkongsian nilai-nilai keagamaan dalam komuniti yang berbeza kepercayaan yang berlaku secara spontan dan tidak formal. Dialog kehidupan yang berlaku di dalam komuniti Cina di negeri Terengganu adalah melalui pengalaman tinggal sekampung, jalinan pendidikan bersama dan rutin hubungan sosial yang menyebabkan terdapat dalam kalangan mereka melakukan pemelukan agama Islam. Dalam masa yang sama, buku ini juga menceritakan tentang pengalaman dialog kehidupan menjadikan seseorang lebih memahami perbezaan yang wujud dalam kepercayaan dan budaya orang lain. Pengalaman dialog kehidupan yang berlaku dalam komuniti Cina Muslim di negeri Terengganu menjadikan dirinya lebih toleran, empati dan merungkai pelbagai kekeliruan tentang perihal agama Islam.


Instructor Biography

Azarudin Awang (PhD), pensyarah kanan di Akademi Kontemporari Pengajian Islam, UiTM Terengganu. Mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang Usuluddin dan Falsafah (UKM), Sarjana Usuluddin dan Falsafah (UKM), dan PhD dalam bidang Hubungan Etnik dan Perbandingan Agama (UM). Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang perbandingan agama, dialog agama, dan pemikiran Islam. Di samping itu, beliau juga mempunyai minat dalam kajian perbandingan budaya dan kemanusiaan secara umum. Beliau merupakan penyelidik yang aktif menerbitkan hasil penyelidikan di dalam jurnal, buku, bab dalam buku dan artikel akademik. Penyelidikan yang sedang dijalankan sekarang oleh beliau ialah Mualaf di Malaysia (Pembentukan Indeks Keharmonian Antara Agama).

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.