image

Buku ini mempunyai tujuh (7) bab yang menerangkan bagaimana proses mereka bentuk sesuatu pembungkusan produk dihasilkan secara digital. Ia mempersembahkan gaya dan teknik persembahan secara digital langkah demi langkah (‘step-by-step’) bagaimana sesebuah pembungkusan direka bentuk dengan mengambil kira aspek bentuk produk atau barangan yang hendak dimuatkan ke dalam pembungkusan tersebut.

Di dalam bab satu (1), penulis memperkatakan tentang Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), bab dua (2) akan memasukkan hal yang berkenaan dengan pembungkusan. Ini termasuk definisi ilustrasi digital, kategori ilustrasi, fungsi serta jenis-jenis pembungkusan. Di dalam bab tiga (3), penulis menunjukkan bagaimana proses mereka bentuk secara digital bagi pembungkusan untuk produk cenderahati (‘Souviner’). Bab empat (4), penulis menunjukkan bagaimana menghasilkan reka bentuk digital bagi pembungkusan makanan. Bab lima (5) pula memperincikan bagaimana mereka bentuk pembungkusan pakaian. Bab enam (6) mempamerkan tentang penghasilan mereka bentuk pembungkusan untuk memuatkan produk minuman (‘Beverages’) dan bab terakhir ialah bab tujuh (7) yang menunjukkan proses mereka bentuk pembungkusan digital bagi pelbagai produk termasuk kasut dan sebagainya.

Penghasilan visual pembungkusan ini adalah berdasarkan hasil dapatan kajian melalui proses pengamatan terhadap bentuk produk yang dipilih dan reka bentuk pembungkusan yang terkini, perbincangan dengan pemain di dalam industri PKS serta temu bual dengan pereka bentuk pembungkusan tempatan. Walau bagaimanapun, penulis juga merujuk kepada laman-laman sesawang yang berkaitan dengan reka bentuk pembungkusan.

Penulis juga ingin memaklumkan bahawa terdapat perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang digunakan di dalam buku ini bagi menerangkan nama khas atau teknikal dalam dunia reka bentuk pembungkusan yang mana ia tiada dalam perkataan bahasa Melayu. 

Harapan penulis adalah agar penghasilan buku reka bentuk pembungkusan digital ini akan dapat dikongsi dan dimanfaat oleh pemain di dalam industri pengeluaran produk sama ada pengeluar minuman, pakaian, cenderahati dan juga makanan. Buku ini juga bermanfaat untuk rujukan para pelajar dalam bidang seni reka grafik khasnya di IPT.

Walaupun visual pembungkusan yang dipaparkan tidak mengikut ukuran atau saiz yang sebenar, tetapi penampilan visual reka bentuk serta idea pembungkusan di dalam buku ini diharapkan dapat membantu atau dijadikan bahan rujukan.


Instructor Biography

Ghazali Daimin adalah seorang Profesor di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), UiTM Shah Alam. Berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Komunikasi Visual di UiTM dan menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (MA-Computing in Design), Staffordshire Universiti, United Kingdom. Beliau aktif dalam bidang penulisan buku akademik dan telah memenangi beberapa anugerah, antaranya ialah Anugerah Akademik Negara (Penerbitan Buku Akademik Negara-2016) oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan juga Anugerah Penerbitan Akademik UiTM (Penulisan Akademik-2015) oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Beliau juga aktif dalam kerja-kerja penerbitan bahan-bahan penerbitan untuk universiti, pembentantgan kertas kerja sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa, menulis artikel untuk akhbar-akhbar tempatan di samping melibatkan diri dalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) UiTM.

Average Rating

5
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.