product-view

ANCAMAN HEDONISME

Category :  E-Books
Publisher :  Penerbit UiTM
( 118 )

RM 18.50

Description

DEWASA ini terdapat pelbagai budaya yang berkembang dalam kehidupan manusia. Budaya hedonisme merupakan salah satu budaya yang semakin menular dalam masyarakat. Majoriti anggota masyarakat tanpa mengira usia dan status terpengaruh dengan budaya hedonisme ini. Budaya hedonisme menimbulkan ancaman besar kepada masyarakat. Terdapat pelbagai bentuk budaya hedonisme dalam kehidupan masyarakat yang mengakibatkan sifat keras hati, menolak kebenaran, melakukan maksiat dan seumpamanya. Budaya hedonisme ini turut membawa cabaran kepada ciri-ciri pembangunan insan, antaranya cabaran terhadap keimanan dan ketakwaan, pembudayaan ilmu, kecemerlangan akhlak, pemupukan amar makruf, keazaman untuk menggerakkan nahi mungkar dan penghayatan keadilan. Budaya pemikiran yang bertentangan dengan ajaran Islam perlu dipantau kerana ia mengakibatkan kerosakan akidah umat Islam.


Instructor Biography

HALIPAH HAMZAH berasal dari Yan, Kedah. Berkelulusan iiazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Tamadun Islam diperoleh dari Universiti Sains Malaysia (2013). Kini berkhidmat sebagai Profesor Madya di Akademi Pengaiian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Pulau Pinang. Penglibatan beliau dengan UiTM bermula pada tahun 1991 sebagai pensyarah kontrak di Pusat Pendidikan Persediaan ITM (PPP/ITM), Shah Alam, Selangor (sekarang dikenali sebagai INTEC). Pada tahun 1994, beliau dilantik sebagai pensyarah tetap UiTM Shah Alam. Tahun 2006, beliau berpindah ke UiTM Cawangan Pulau Pinang. Beliau telah menghasilkan hampir 40 buah penulisan ilmiah meliputi buku akademik, manual pembelaiaran, artikel iurnal dan kertas kerja prosiding.

Copyright © 2022 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.