image

Buku Pengarahan Filem ini adalah huraian terperinci secara komprehensif mengenai persediaan menjadi seorang pengarah filem. Dengan kupasan yang mendalam melalui 10 bab asas pengarahan filem, pembaca akan dapat mendalami ilmu-ilmu rahsia pengarahan di Malaysia yang tidak pernah dibukukan secara akademik sebelum ini. Melalui buku ini, pembaca akan dapat mengaitkan segala teori-teori buku-buku pengarahan filem antarabangsa di dalam konteks praktis pembikinan filem di Malaysia secara khususnya. Buku ini ibarat kitab kepada pengarah filem masa hadapan yang perlu setiap daripada mereka memliki satu naskah bagi menghasilkan filem dengan cara yang betul bagi meningkatkan kualiti dan keuntungan (tidak melakukan kesilapan yang akan merugikan kos). Kompilasi ilmu-ilmu penyediaan sebagai pengarah filem bagi melahirkan penggiat filem yang lebih berilmu dan kompetitif bagi menjana ekonomi negara pada masa hadapan.


Instructor Biography

Dato' Prof. Abdul Razak Hj. Mohaideen, Pensyarah dan juga Dekan di Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM dan telah hampir 23 tahun menabur bakti di UiTM. Beliau juga telah mengarahkan sebanyak 34 buah filem sejak 1996. Berkelulusan ljazah Sarjana Muda dengan kepujian (Kewartawanan dan Filem) dan Sarjana Muda Sastera (lnggeris dan Komunikasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Melanjutkan pengajian dan memperoleh ljazah Sarjana Sastera (MA) (Pengarahan Filem) dari Sheffield Hallam University, UK.

 

Azhari Zain, Pensyarah dan juga Timbalan Dekan di Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM dan telah lebih 10 tahun menabur bakti di UiTM. Beliau juga telah mengarahkan sebanyak 13 buah filem sejak 2008. Berkelulusan ljazah Sarjana Muda dengan kepujian (Komunikasi Massa) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Melanjutkan pengajian dan memperolehi ljazah Sarjana Sastera (MA) (Filem dan Media lnteraktif), dari Bond University, Gold Coast, Australia.

 

Azlan Syah Rashid, berkelulusan ljazah Sarjana Muda dengan kepujian (Teknologi Kreatif dan Artistik / Seni Layar) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Melanjutkan pengajian kini ljazah Sarjana Sastera (MA) (Pengurusan Teknologi Kreatif dan Artistik), di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Pensyarah Sambilan dan juga Pelajar di Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM. Beliau juga telah menjadi Penolong Pengarah lebih daripada 10 buah filem arahan Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen dan Azhari Zain sejak 2007. Beliau juga telah mengarahkan beberapa drama bersiri televisyen, program televisyen dan beberapa kapsuI televisyen.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.