image

Buku Konkrit Termaju ini menerangkan ilmu berkaitan kepelbagaian jenis konkrit yang dihasilkan oleh kemajuan teknologi sebagai bahan utama dalam pembinaan pada hari ini. Kandungan buku ini diolah untuk memberi kefahaman kepada pembaca tentang jenis, definisi, ciri-ciri, kaedah pembuatan, kelebihan serta aplikasi berkaitan konkrit termaju dalam industri pembinaan.

Secara keseluruhan, pengisian buku ini adalah untuk memberi kefahaman secara ringkas kepada pembaca tentang hubung kait terhadap pengembangan kemajuan dalam teknologi dalam pembuatan konkrit untuk memenuhi keperluan dan memberi kaedah penyelesaian permasalahan pembinaan semasa yang serba moden dan mencabar. Buku ini sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran kepada para pelajar yang mengikuti bidang kejuruteraan awam, pembinaan, seni bina, ukur bahan dan ukur bangunan di institusi pengajian tinggi, politeknik dan juga kolej vokasional.


Instructor Biography

SALLEHAN ISMAIL (PhD) memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Teknologi Bahan dan Binaan di Universiti Sains Malaysia pada tahun 2015. Beliau kini berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Jabatan Bangunan, Kolej Alam Bina, UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar. Beliau aktif dalam penulisan dan penyelidikan terutama berkaitan teknologi konkrit, konkrit gentian bertetulang, konkrit agregat kitar semula, dan kejuruteraan bahan. Selain itu, beliau merupakan ahli Entiti Kecemerlangan Tahap 5 (Green Safe City), UiTM Cawangan Perak.

 

MUHAMMAD REDZA ROSMAN memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan pada tahun 2010 daripada UiTM Shah Alam dan seterusnya, memperoleh Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Projek Pembinaan Bersepadu di universiti yang sama pada tahun 2011. Kini, beliau adalah pensyarah di Jabatan Bangunan, Kolej Alam Bina, UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.