image

Zakat pendapatan mencatat kutipan tertinggi zakat harta di Malaysia. Kupasan dalam buku ini menyentuh berkaitan pengenalan zakat, zakat pendapatan, perundangan dan fatwa zakat pendapatan di Malaysia. Selain itu, buku ini membincangkan pengurusan zakat pendapatan, taksiran zakat pendapatan dan perbandingan taksiran zakat pendapatan dan cukai pendapatan di Malaysia. Buku ini turut memuatkan contoh pengiraan zakat pendapatan dan cukai pendapatan di beberapa negeri terpilih di Malaysia. Berdasarkan contoh pengiraan zakat di negeri-negeri di Malaysia, didapati bahawa terdapat tolakan yang berbeza dan pelbagai dibenarkan dalam pengiraan zakat. lni memberikan implikasi yang berbeza dalam jumlah zakat pendapatan yang dibayar oleh pembayar zakat. Oleh itu, buku ini boleh dimanfaatkan oleh ahli akademik, para pelajar dan institusi zakat yang terlibat dalam bidang taksiran zakat. Di samping itu, buku ini boleh dijadikan panduan oleh masyarakat awam dalam taksiran zakat pendapatan.


Instructor Biography

Nor Aini Ali memperoleh ljazah Doktor Falsafah pada tahun 2013 dalam bidang Ekonomi Pembangunan di Universiti Malaya. Beliau telah berkhidmat di Universiti Malaya selama lebih 18 tahun dan merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Subjek-subjek yang diajar oleh beliau meliputi Perakaunan Zakat, Ekonomi Malaysia dan Pembangunan, Pengajian Ekonomi Islam Lanjutan serta Kaedah Penyelidikan. Beliau banyak menulis dan menjalankan penyelidikan berkaitan zakat, hutang isi rumah, pembangunan masjid, hotel halal, perbankan Islam, takaful dan bidang-bidang lain dalam ekonomi Islam.

Average Rating

5
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.