Panduan Perisian CAD: Bakal Jurutera Perlu Tahu
Buku ini diterbitkan bertujuan membantu pelajar-pelajar bidang kejuruteraan dan bakal jurutera dalam penggunaan perisian CAD. Pengetahuan mengenai perisian CAD adalah penting dan skil menggunakan perisian ini telah dianggap perlu bagi setiap graduan yang baru ingin melangkah ke alam pekerjaan. Buku ini mengupas aspek-aspek penting dalam menggunakan perisian CAD. Aspek-aspek ini diperincikan lagi kepada setiap teknik dalam penghasilan reka bentuk produk yang berkesan. Ini termasuklah aspek penting semasa membuta sketching, assembly design dan drafting. Buku ini juga memuatkan contoh-contoh latihan yang boleh dipraktikkan oleh pembaca bagi mengasah skil-skil yang diterapkan. Selain itu, panduan cara mempercepatkan dan memudahkan kerja mereka bentuk juga turut dikongsikan di dalam buku ini.
Instructor Biography
Ahmad Faiz Zubair ialah pensyarah kanan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal UiTM, Cawangan Pulau Pinang semenjak tahun 2010 dan berpengalaman bekerja sebagai Juruteraan Pembuatan di beberapa industri pembuatan di beberapa industri pembuatan elektronik selama lebih tiga tahun. Beliau berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang kejuruteraan CAD/CAM dari Universiti Sians Malaysia, Ijazah Sarjana Kejuruteraan CAED dari University of Strathelyde dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan CAD/CAM dari Universiti Malaya. Antara subjek pengajaran beliau di Universiti ialah subjek Enginering Drawing, Computer-Aided Design (CAD), Computer Integrated Manufacturing dan subjek-subjek berkaitan reka bentuk dan pembuatan. Selain bidang akademik beliau juga adalah Penolong Ketua bagi Intelligent and Sustainable Manufacturing Center (ISMaC) bagi tahun 2020 dan juga penasihat Kelab Boiler and Safety Club (BOSEC) UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Average Rating
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.