image

Pembentukan Komuniti Lestari: Pendekatan dan Pelaksanaan adalah sebuah buku penyelidikan yang berteraskan pemindahan ilmu kepada komuniti bersasar menjurus kepada aspek keusahawanan sosial, perekodan dan pengurusan kewangan kepada warga usahawan, dan bijak mengurus kewangan serta pendedahan pendidikan STEM kepada warga belia. Pendedahan kepada golongan usahawan dan belia dapat memberikan implikasi penting dalam merangsangkan ekonomi negara menjadi lebih kompetitif dan berdaya saing.

Pelbagai jenis program telah dilaksanakan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Subang dan Sekolah Menengah Subang, Selangor bagi memperkasakan pembentukan komuniti lestari. Program keusahawan dan STEM yang telah berjaya menyasarkan perubahan dan pembangunan komuniti yang lebih baik untuk meningkatkan kualiti masyarakat. Program-program yang telah dilaksanakan secara tersusun dan terperinci mampu membawa perubahan yang positif termasuk sikap, pandangan, cara berfikir, nilai, tindakan, kemahiran diri, kepimpinan, dan perhubungan.

Selain itu, topik yang diketengahkan di dalam buku ini amat sesuai diguna pakai sebagai bahan rujukan untuk melaksanakan program komuniti yang bersifat pemindahan ilmu. Pendekatan pelaksanaan program berdasarkan model Quadraple-helix dihuraikan dengan jelas. Peranan pihak kerajaan, akademia, industri dan komuniti dalam menjayakan aspirasi pembentukan komuniti lestari dikupas dalam buku ini. Penulis berharap coretan ini dapat menjadi aspirasi untuk rakan-rakan seperjuangan sama ada di universiti mahupun industri, bermotivasi dalam menjayakan program komuniti yang berimpak tinggi agar pembentukan komuniti lestari, progresif dan dinamik dapat direalisasikan.


Instructor Biography

Buku ini adalah hasil garapan pensyarah Universiti Teknologi MARA dari empat buah fakulti dan kolej pengajian iaitu Kolej Pengajian Kejuruteraan, Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan serta Akademi Pengajian Islam Kontemporari.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.