image

Buku ini bertujuan untuk memberikan pengenalan kepada Perakaunan Pengurusan yang sangat berguna bagi pembaca untuk memahami prinsip dan aplikasi kos dalam proses pengurusan. Ia adalah komponen utama kursus Perakaunan Pengurusan yang diajar di universiti dan kolej khasnya di peringkat ijazah sarjana muda dan diploma. Buku ini memperkenalkan konsep kos asas yang menjadi elemen penting dalam bidang Perakaunan Pengurusan. Di samping itu, buku ini memberi penerangan yang mudah bagi aplikasi maklumat kos dalam proses perancangan, pembuatan keputusan dan kawalan dalam sesebuah organisasi. Buku ini juga merupakan sumber bacaan penting bagi pelajar dalam jurusan Perakaunan mahupun bukan jurusan Perakaunan. Bagi memudahkan pembelajaran secara kendiri setiap bab mengandungi liputan menyeluruh mengenai topik yang berkaitan dan dilengkapi dengan soalan latihan dan jawapan. Soalan latihan ini boleh digunakan oleh tenaga pengajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas dan digunakan oleh pelajar untuk pembelajaran kendiri yang berkesan.


Instructor Biography

Norlaila Md Zin, PhD, adalah Profesor Madya di Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban. Beliau juga merupakan Felo di Institute of Leadership and Development (ILD) UITM. Minat beliau dalam penyelidikan dalam bidang Pengurusan Perakaunan, Percukaian dan Kelestarian, telah membolehkan beliau menyampaikan pembentangan di persidangan tempatan dan antarabangsa. Beliau juga telah menerbitkan beberapa artikel dalam jurnal berindeks di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di samping itu, beliau telah dilantik menjadi penilai untuk beberapa jurnal ilmiah di peringkat antarabangsa. Terkini, beliau juga merupakan ahli jawatankuasa editorial bagi Journal of Academia (JOA) di UITM.

Eley Suzana Kasim, PhD, adalah Profesor Madya di Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban. Beliau juga merupakan Felo Penyelidikan di Institut Penyelidikan Perakaunan Malaysia. Kajian PhD beliau adalah dalam bidang Perakaunan Pengurusan dan fokus penyelidikan utamanya adalah dalam Pengurusan Rantaian Bekalan, Kelestarian, Kriminologi Kewangan dan Perniagaan Mikro. Beliau mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 27 tahun dalam bidang Pengekosan dan Perakaunan Pengurusan, di peringkat diploma dan ijazah. Beliau telah menerbitkan artikel ilmiah dalam jurnal berindeks peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta menerbitkan buku berjudul Basic Cost Accounting (2018) dan Management Accounting: An Introduction (2008).

Ja'izah Abdul Jabar merupakan Pensyarah di Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban. Beliau telah berkhidmat dan mengajar selama hampir tujuh (7) tahun dalam bidang Perakaunan Pengekosan dan Pengurusan di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda. Selain itu, beliau merupakan penulis bagi buku Pekaunan Kewangan dan Pengurusan yang telah digunapakai oleh para pelajar bukan jurusan Perakaunan pada tahap ijazah sarjana muda.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.