image

Videobook Add Math Tingkatan 4 merupakan produk yang terlaris sekali berbentuk video pembelajaran alaf baru yang menggunakan teknologi penulisan atas cermin dan ianya diterbalikkan.

Ianya memudahkan pelajar fokus terhadap video dan penerangan yang disampaikan. Videobook ini mempunyai susunan video yang lengkap daripada bab 1 hingga bab 11 tingkatan 4. Pelajar akan mudah menguasai bab-bab tertentu dengan cepat dan pantas berdasarkan cara penyelesaian masalah yang dilakukan oleh Cikgu Hidayat dan juga penerangan yang jelas terhadap bab tersebut.

Antara senarai bab dan jumlah video di dalam video course ini adalah seperti berikut:

  • Bab 1 - Fungsi : 6 Video

  • Bab 2 - Persamaan Kuadratik : 4 Video

  • Bab 3 – Fungsi Kuadratik : 6 Video

  • Bab 4 – Persamaan Serentak : 4 Video

  • Bab 5 – Indeks dan Logaritma : 6 Video

  • Bab 6 – Koordinat Geometri : 6 Video

  • Bab 7 – Statistik : 6 Video

  • Bab 8 – Sukatan Membulat : 5 Video

  • Bab 9 – Pembezaan : 6 Video

  • Bab 10 – Penyelesaian Segi Tiga : 6 Video

  • Bab 11 – Nombor Indeks : 6 Video


Goals/Objectives

Memberi harapan dan keyakinan baru kepada pelajar untuk mendapat A+ dalam Matematik Tambahan melalui pendedahan cara menjawab soalan-soalan dengan menggunakan teknik dan formula yang dijamin mudah dan senang untuk diaplikasikan dalam soalan.

Instructor Biography

Cikgu Hidayat merupakan seoarang pelajar yang cemerlang akademik suatu ketika dahulu. Beliau juga di kenali sebagai "High Achiever" dan memperoleh Straight A dalam SPM. Beliau juga telah mendapat keputusan yang sangat cemerlang di Program Matrikulasinya di Tangkak, Johor dengan memperoleh 4 Flat untuk dua semester berturut-turut dan beliau juga mendapat kelas Pertama semasa Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Kini beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Cikgu Hidayat juga telah menubuhkan sebuah Pusat Tuisyen di Kluang, Johor bagi membantu pelajar setempat meningkatkan pencapaian mereka. Beliau juga sedang berkhidmat di Pusat Tuisyen Prodigi dan mengajar mata pelajaram matematik dan matematik tambahan sebagai bidang kepakaran beliau. Beliau kini berpengalaman 7 tahun sebagai personal tutor matematik tambahan.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.