image

Buku Halal dalam Produk Bakeri dan Konfeksi ini merupakan sebuah karya ilmu mengenai dan perkembangan industri halal dan kaitannya dengan perkembangan sains dan teknologi dalam penyediaan makanan. la mengupas penyediaan makanan dalam perspektif Islam dan takrifan halal mengikut hukum syarak. Buku ini akan membawa pembaca untuk mendalami sejarah perkembangan industri halal di Malaysia, bagaimana bermulanya penubuhan pensijilan halal yang dikendalikan oleh JAKIM dan bagaimana Jabatan Standard Malaysia di bawah sistem Pembangunan Standard Malaysia merealisasikan Malaysia sebagai pusat makanan halal. Dalam bab ini penulis telah mengupas perkembangan industri pemprosesan makanan dan kaitannya dengan pensijilan GMP, HACCP dan sehingga sijil halal telah dikenali oleh negara-negara Islam seluruh dunia sebagai satu sijil selamat dan halal untuk dimakan sehingga ia kekal sebagai kayu pengukur kepada sistem pensijilan halal dunia. Penulis juga telah mengupas ramuan dan bahan tambahan seperti Kod E secara terperinci dari segi fizikal dan kandungan menurut aspek halal. Keraguan pengguna adalah satu perkara yang perlu diselesaikan. Maka dalam bab ini, pelbagai keraguan pembaca dapat dihuraikan seperti penggunaan bahan ramuan makanan yag tidak tidak diketahui sumber dan asal usulnya seperti gelatin, lecithin, glycerine dan emulsifier. Perkembangan sains dan teknologi turut memberi kesan kepada hasil pengeluaran produk makanan dengan inovasi baharu, salah faham terhadap status halal bagi produk bakeri dan konfeksi sering dipertikaikan. Di dalam buku ini diterangkan bagaimana pengesanan dan penentuan kehadiran kandungan tidak halal dikenal pasti melalui teknik analisis saintifik. Satu model proses penyediaan produk dan garis panduan pensijilan halal bakeri dan konfeksi disediakan mengikut fasa yang ditetapkan dan diuruskan oleh JAKIM untuk memudahkan pembaca dan pengusaha mengikutinya.


Instructor Biography

SABAIANAH Bachok memulakan pendidikan awal dan menengahnya di Senggarang Batu Pahat Johor, kemudian melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di Sekolah Menengah Perempuan Temenggong Ibrahim (TICS) Batu Pahat. Seterusnya ke ITM untuk mendapat diploma dalam bidang penyediaan makanan, ia tidak terhenti di situ sebaliknya meneruskan penimbaan iilmu di peringkat sarjana muda di UiTM. Sarjana dan Doktor falsafah dalam bidang Sains Makanan di UKM. Sepanjang kerjaya beliau sebagai pensyarah selain mengajar dalam bidang pengurusan dan penyediaan makanan, beliau telah banyak menyumbangkan idea dan kepakaran dalam bidang kemahiran penyediaan makanan Beliau adalah penulis modul dan panel pakar di Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan KEMAS. Dr Sabaianah sering kali menyertai pertandingan inovasi dan pernah memenangi pingat emas di peringkat Asia. Atas kepakaran yang dimiliki, beliau sering dijemput untuk menjadi penceramah dan juri peringkat nasional dan antarabangsa seperti Pra World Skill and Asia, Beiau juga merupakan penasihat program berkaitan penyediaan makanan dan halal di beberapa buah institusi pengajian tinggi seperti KYPJ,KoIej Vokasional dan FIM. Atas segala surnbangan dan kepakaran beliau juga adalah panel MQA dan MBOT. Beliau kini merupakan Pengetua di Kolej Zamrud Baiduri UiTM Puncak Alam, beliau merupakan pensyarah yang mudah didekati pelajar dan sentiasa ada untuk membantu meningkatkan pembangunan pelajar.

 

CHEMAH Tamby Chik mempunyai Iatar belakang Sains Makanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 20 tahun di UiTM dan Politeknik. Selain daripada bertugas sebagai pendidik, Dr Chemah juga adalah Ahli Kumpulan Teknikal Latihan Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Panel Penilai Program, Agensi Kelayakan Malaysia. Dr Chemah merupakan panel penasihat bagi pembentukan program Amalan Halal Politeknik Malaysia. Antara bidang pengajian dan latihan yang beliau pernah kendali termasuk Kualiti Makanan, Sains Makanan, Pemakanan dan Sistem Kualiti Halal. Selain buku teks dan buku rujukan, Dr Chemah juga mempunyai penerbitan yang dirujuk dalam jurnal.

MAARUF Abd Ghani, PhD dalam Pemprosesan Makanan (Uni. of Nottingham, United Kingdom) adalah Profesor Madya di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam latihan dan perundingan dalam pembungkusan makanan dan hayat simpanan, penilaian keselamatan makanan, kebolehkesanan rantaian makanan, pembangunan produk dan pemprosesan makanan. Misi beliau adalah untuk membangunkan dan mengekalkan kesinambungan jaringan agensi keselamatan makanan kebangsaan dan pakar-pakar kebangsaan dan penulis dalam pelbagai artikel dan jurnal bidang berkaitan. Telah menghasilkan lebih 20 harta intelek dalam pembangunan produk dan sebangainya. Beliau dilantik sebagai CEO Unit Penyelidikan Kualiti Makanan (Unipeq) dari 2007-2009. Sehingga sekarang beliau adalah Ketua Pusat Inovasi Teknologi Manisan (MANIS), UKM, Penolong Dekan (Kesusahawanan dan Kreativiti), Ketua Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, FST UKM. Terlibat dalam perundingan dan latihan (lebih 60 industri makanan dan minuman termasuk IKS) terutama dalam perundingan dan latihan HALAL, Asas Kebersihan Makanan, Pembangunan dan implementasi pengurusan kebersihan makanan, Pengurusan Keselamatan Makanan (ISO 22000), kursus kesedaran GMP & HACCP, GMP: Persediaan ke arah HACCP, Prinsip dan Aplikasi HACCP, Kursus pengauditan HACCP, Keselamatan dan Kepastian Katering, Pembangunan dan reka bentuk premis, pemprosesan makanan dan inovasi, formulasi dan re-formulasi produk, pengurusan makanan HALAL. Kerja perundingan dan latihan beliau banyak melibatkan latihan untuk industri IKS, penceramah jemputan dan kualiti dan keselamatan makanan.

Average Rating

5
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.