image

Panduan untuk memahami perbezaan anak lelaki dan perempuan belajar di Tadika agar boleh menyediakan pembelajaran yang sesuai dengan fitrah masing-masing. Perbezaan ini berdasarkan nuerosains iaitu genetik, binaan dan kimia otak yang mempengaruhi perbezaan mereka belajar.


Goals/Objectives

Saya pakar Gender Intelligence, Gurian Institute, memahami perbezaan anak lelaki dan perempuan belajar. Boleh mengendalikan kursus ini kepada Pendidik, Pengurus dan Tenaga Pengajar Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Pengajian Tinggi.

Juga boleh mengedalikan bengkel atau ceramah tajuk Beza Kehendak dan Keperluan Kebahagian Lelaki Perempuan di dalam rumah tangga dan juga Beza Kepemimpinan di tempat kerja.

Instructor Biography

Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)

M Sc Development Training and Education (Wolverhampton),

B Sc Agriculture (UPM),

Cert Education (Wolverhampton),

Dip Agriculture (UPM).

Certificate Boys and Girls Learn Differently Gurian Institute Colorado US

Aktivis kemanusiaan sejak 1992 dan sekarang melalui Success Together Consulting mengendalikan ceramah, bengkel Mahligai Kasih Suami Isteri dan Pintar Gender (memahami perbezaan keperluan dan kehendak lelaki dan wanita) untuk kakitangan Jabatan-jabatan kerajaan, MARA, anggota Polis PDRM, Warga kerja IPT di UIA, UUM dan USIM. Juga IPA, Jabatan Kerajaan Brunei Darusalam.

Sering juga dijemput kendalikan Kursus Suami Hensem Isteri Ohsem untuk ahli-ahli NGO di Malaysia, Brunei, Jepun, Australia, German, Mesir, Singapura dan penuntut pelajar Malaysia di dalam dan luar Negara.

Beliau juga kendalikan kursus Train the Trainers, Pengurusan Stres, Komunikasi Berkesan, Pengurusan Pekerja Bermasalah dan Pengurusan Kebahagiaan Di Tempat Kerja untuk kakitangan kerajaan dan swasta.

Pengalaman beliau sebagai Guru Pertanian Institut Pertanian Kuala Lipis, Pensyarah ITM Arau, Pengurus ITTAR Alor Star dan CEO Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah Singapura, telah banyak membantunya mencipta modul-modul kursus yang berkaitan dengan perhubungan suami isteri. 

Pernah menjadi kolumnis bagi Majalah Anis, Demi Cinta dan JOM. Sekarang dengan ilmu yang diperolehi di Gurian Institute (Learning through a Gender Lens), Colorado, selain dijemput mengendalikan ceramah dan kursus untuk guru-guru dengan tajuk Boys and Girls Learn Differently.

Buku-buku penulisannya ialah

1. Suami Memimpin Isteri Mngurus,

2. Stres,

3. Tak Faham-faham,

4. Suami Hensem Isteri Ohsem

5. Menantu Hipster.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.