image

Buku bertajuk Terokai Ilmu Harumanis: Raja Mangga Malaysia ini ditulis dengan bahasa yang mudah difahami tentang aplikasi ilmu sains dan perkaitannya dengan pengetahuan penjagaan pokok mangga Harumanis. Bab 1 dimulakan dengan memperkenalkan ciri-ciri vegetatif, reproduktif dan potensi mangga Harumanis dalam industri buah-buahan tropika. Bab 2 membincangkan tentang kepelbagaian sifat fizik dan kimia tanah serta keperluan yang optimum bagi tanaman mangga Harumanis. Bab 3 melihat sejauhmana penggunaan penggalak tanaman dapat memperbanyakkan jambak bunga dan set buah Harumanis yang dapat membantu mengurangkan keguguran bunga sekali gus meningkatkan pengeluaran hasil. Bab 4 dan 5 menghuraikan komposisi spesies rumpai dan kepelbagaian serangga perosak serta musuh semula jadi di ladang Harumanis, seterusnya menghuraikan bagaimana maklumat tersebut boleh digunakan untuk merancang suatu sistem pengurusan rumpai dan serangga perosak yang mampan. Bab terakhir memberi pengetahuan mengenai jangkitan awal pokok Harumanis ekoran serangan patogen tumbuhan dan langkah pengawalan melalui amalan pertanian baik. Kesemua bab telah disusun dan digabungkan sebagai perintis bacaan ilmiah untuk semua peminat tanaman ini.


Instructor Biography

Chuah Tse Seng (Dr) menerima Ph.D. daripada Pusat Pengajian Sains Alam Sekitar dan Sumber Asli di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang sains rumpai. Beliau mempunyai 16 tahun pengalaman penyelidikan dalam pengurusan rumpai bersepadu untuk mencapai produktiviti tanaman yang mampan. Dr Chuah Tse Seng telah menerbitkan lebih daripada 100 kertas kerja dalam jurnal dan prosiding di peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau adalah salah seorang penyumbang kepada pangkalan data dalam tinjauan kerintangan rumpai terhadap herbisid di seluruh dunia. Beliau terlibat dalam membangunkan pengurusan untuk memerangi padi angin yang rintang terhadap herbisid di Malaysia. Dr Chuah Tse Seng juga terlibat secara aktif dalam menyebarkan maklumat mengenai isu kerintangan herbisid kepada pekebun dan syarikat agrokimia melalui bengkel dan seminar.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.