Eksplorasi Mandarin (EKSMAN): Cara Mudah untuk Mempelajari Bahasa Mandarin
EKSPLORASI MANDARIN (EKSMAN) : CARA MUDAH UNTUK MEMPELAJARI BAHASA MANDARIN merupakan buku untuk pembelajaran Bahasa Mandarin secara santai dan praktikal. Buku ini direka khas untuk kanak-kanak yang berminat mempelajari Bahasa Mandarin. Setiap topik akan memperkenalkan kosa kata dan ayat mudah dengan ilustrasi menarik bagi memudahkan pemahaman pelajar.
Buku ini bertujuan untuk memberikan kemahiran asas Bahasa Mandarin kepada kanak-kanak melalui kaedah pembelajaran yang menyeronokkan dan mudah difahami. Selain itu juga, pendekatan "self-learning" ini dapat membina keyakinan diri kanak-kanak dalam mempelajari bahasa yang baharu.
Goals/Objectives
Buku ini mengandungi:
• 54 kosa kata asas
• 60 ayat mudah
• Imbasan QR - pembelajaran kendiri melalui laman web
Instructor Biography
Tan Lee Na
• Berasal dari Perak dan kini berkhidmat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sejak 2003.
• Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden ; Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Cina).
• Lebih 21 tahun pengalaman dalam pengajaran bahasa Cina sebagai bahasa kedua.
• Pemenang beberapa pertandingan inovasi pengajaran.
• Tenaga pengajar bahasa Cina sambilan di Akademi Imigresen Malaysia, Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Kubu Bharu, Selangor, serta Pusat Latihan Awam Selangor.
Gan Jia Seng
• Berasal dari Pahang dan kini berkhidmat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
• Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina (UPSI) ; kini melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Sastera Mahua.
• Berpengalaman dalam pengajaran bahasa Cina sebagai bahasa kedua di peringkat universiti dan sebagai bahasa pertama di sekolah.
• Pemenang tempat pertama Anugerah Sastera Huazong ke-17 bagi kategori Cerpen.
Teh Shi Hui
• Berasal dari Melaka dan kini berkhidmat sebagai Guru di Sekolah Rendah Seri Budiman, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
• Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina (UPSI) ; kini melanjutkan pengajian pada peringkat Sarjana dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak.
• Berpengalaman dalam pengajaran bahasa Cina sebagai bahasa pertama dan bahasa kedua di peringkat sekolah.
Related Courses
Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.